HADITS KE 86 : ANJURAN BERDO’A KELUAR DARI WC

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB TATA CARA BUANG HAJAT

HADITS KE 86 :

وَعَنْهَا; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ اَلْغَائِطِ قَالَ: “غُفْرَانَكَ” ) أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ. وَصَحَّحَهُ أَبُو حَاتِمٍ وَالْحَاكِم

Dari ‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam jika telah keluar dari buang air besar beliau berdo’a: “Aku mohon ampunan-Mu.” Diriwayatkan oleh Imam Lima. Hadits shahih menurut Abu Hatim dan Hakim.

MAKNA HADITS :

Memohon ampun yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) kerana baginda lupa berzikir kepada Allah ketika sedang membuang hajat. Menurut satu pendapat lagi, permintaan ampun tersebut merupakan permintaan taubat kerana lalai mensyukuri nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepadanya.

Allah telah memberinya makan, kemudian makanan itu dihimpun di dalam perutnya dan dimudahkan jalan keluar bagi ampasnya, manakala yang bermanfaat pula tetap berada di dalam tubuhnya. Baginda melihat syukur yang telah dilakukan masih tidak mampu menandingi nikmat tersebut. Untuk itu, baginda segera mengucapkan istighfar sebagai contoh bagi umatnya. Ini kerana hati baginda tidak pernah lupa dari memuraqabah Allah (s.w.t), baik ketika sedang membuang hajat maupun dalam keadaan selain itu.

FIQH HADITS :

1. Memohon ampunan kepada Allah (s.w.t) sesudah keluar dari tempat buang hajat dan disunatkan do’a tersebut ditambah sebagaimana disebutkan di dalam hadis Anas (r.a) yang menyebutkan bahwa:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلَاءِ، قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

“Rasulullah (s.a.w) apabila telah selesai membuang hajatnya membaca do’a
berikut:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

“Segala puji bagi Allah yang telah melenyapkan kotoran dariku dan
memberikan kesembuhan kepadaku.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

2. Para sahabat senatiasa mengambil berat semua amal perbuatan Rasulullah (s.a.w), hingga ketika baginda selesai membuang hajat pun diperhatikan.
Tujuannya adalah untuk mengikuti jejak dan langkah Rasulullah (s.a.w).

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s