HADITS KE 121 : BATAS LARANGAN BERCUMBU BERSAMA ISTRI YANG LAGI HAID

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB HAID

HADITS KE 121 :

وَعَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلْيَهُودَ كَانُوا إِذَا حَاضَتْ اَلْمَرْأَةُ لَمْ يُؤَاكِلُوهَا فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم اِصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا اَلنِّكَاحَ ) رَوَاهُ مُسْلِم

Dari Anas Radliyallaahu ‘anhu bahwa orang yahudi jika ada seorang perempuan di antara mereka yang haid mereka tidak mengajaknya makan bersama. Maka Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Kerjakanlah segala sesuatu kecuali bersetubuh. Diriwayatkan oleh Muslim.

MAKNA HADITS :

Allah menjadikan umat ini sebagai umat yang pertengahan dan agamanya pula merupakan semulia-mulianya agama. Oleh sebab itu, ia telah membolehkan bergaul dengan isteri yang sedang berhaid baik ketika makan, minum maupun tidur, tetapi dilarang bersetubuh dan bersenang-senang di antara pusar dengan lutut
sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketentuan ini merupakan hukum yang adil dan pertengahan. Adapun orang Nasrani membolehkan untuk melakukan segala sesuatu ke atas isteri yang sedang haid termasuklah menyetubuhinya. Orang Yahudi pula menyiksa isteri mereka dengan cara mengasingkan mereka dalam segala keadaan. Lalu datanglah Islam sebagai agama yang adil dan pertengahan antara terlalu bebas dengan terlalu terkekang. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.“`

FIQH HADITS :

1. Haram menyetubuhi isteri yang sedang haid.

2. Boleh bersenang-senang dengan isteri yang haid selain bersetubuh serta pada kawasan sekitar pusar dan lutut tanpa penghalang. Lain halnya dengan Imam Ahmad di mana beliau bersenang-senang dengan isteri secara mutlak selagi tidak bersetubuh.

3. Agama Islam adalah agama yang mudah lagi hanif (sentiasa membelas kebenaran).

4. Makruh menceritakan kepada orang muslim tentang perkara-perkara yang tidak disukainya atau yang membuatnya marah.

5. Disyariatkan marah kepada orang yang melakukan perkara-perkara yang tidak patut.

6. Tidak dibenarkan membuat musuh marah dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

7. Disyariatkan menerima hadiah dan disunatkan menyisihkan sebagiannya untuk orang lain.

8. Seorang muslim tidak patut secara berterusan marah kepada muslim yang lain.

9. Dianjurkan berdiam apabila seseorang melihat orang yang menjadi panutannya marah.

10. Disyariatkan bersikap lemah lembut dan menjalin hubungan yang baik sesudah
marah.

11. Dianjurkan menyalahi orang Yahudi dalam memperlakukan wanita yang sedang haid.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s