HADITS KE 151 : BOLEH MELANTIK DUA ORANG MUADZIN DALAM SATU MASJID

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 150 :

وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ وَعَائِشَةَ قَالَا: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنَّ بِلَالاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ اِبْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ” وَكَانَ رَجُلاً أَعْمَى لَا يُنَادِي حَتَّى يُقَالَ لَهُ: أَصْبَحْتَ أَصْبَحْتَ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وفي أخره إدراج.

Dari Ibnu Umar dan ‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya Bilal akan beradzan pada malam hari maka makan dan minumlah sampai Ibnu Maktum beradzan. Ia (Ibnu Maktum) adalah laki-laki buta yang tidak akan beradzan kecuali setelah dikatakan kepadanya: Engkau telah masuk waktu Shubuh engkau telah masuk waktu Shubuh.” Muttafaq Alaihi. Akan tetapi pada akhir hadis ini terdapat idraj.

MAKNA HADITS :

Jika azan disyariatkan untuk memberitahu masuknya waktu solat sekaligus menyeru kaum muslimin supaya menghadiri solat berjamaah, maka ia turut disyariatkan untuk membangunkan orang yang masih tidur supaya mengerjakan solat sunat tahajjud, di samping membangunkan orang yang tertidur setelah mengerjakan qiyamul lail bersiap sedia mengerjakan solat Subuh. Azan ini dinamakan azan pertama dan ia tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang hendak berpuasa, malah dia masih diperbolehkan makan sahur ketika itu. Dengan azan itu, orang yang tidur diharapkan bangun untuk mengerjakan solat tahajjud dan memperingatkan orang yang qiyamul lail supaya tidur sebentar sambil menunggu masuknya waktu solat Subuh.

Di zaman Nabi (s.a.w) orang yang bertugas mengumandangkan azan pertama ini adalah Bilal (r.a).
Azan kedua ialah azan untuk solat Subuh. Azan ini bertujuan memberitahu masuknya waktu solat Subuh. Orang yang hendak berpuasa diwajibkan imsak sebelum itu. Orang yang bertugas mengumandangkan azan Subuh ini pada zaman Nabi (s.a.w) ialah Ibn Ummi Maktum.

FIQH HADITS :

1. Boleh melantik dua orang muazzin dalam satu masjid, dimana keduanya saling berganti dalam mengumandangkan azan. Tujuan dibolehkan melantik dua orang muazzin ini adalah salah seorang darinya dikhuatiri akan
mempunyai halangan dan oleh kerananya, muazzin yang seorang mestilah menggantikan tugas kawannya yang mempunyai halangan itu. Ada lima orang
sahabat yang pernah menjadi juru azan Rasulullah (s.a.w), baik mereka bertugas ketika bermukim maupun ketika bermusafir. Mereka adalah Bilal ibn Rabah, Abdullah ibn Ummi Maktum, Abu Mahdzurah al-Makki, Sa’d al-Qurazhi dan Ziyad ibn al-Harits al-Shuda’i.

2. Disunatkan makan sahur.

3. Orang yang hendak berpuasa boleh makan dan minum hingga fajar shadiq terbit.

4. Orang buta boleh mengumandangkan azan apabila dapat mengetahui ketepatan waktu seperti melalui berita orang yang berada di sebelahnya.

5. Boleh berpegang kepada suara dalam periwayatan apabila seseorang berkenaan mengenalinya, sekalipun dia tidak melihatnya.

6. Dibolehkan menceritakan perihal seseorang yang berkaitan dengan keperibadiannya jika bertujuan memperkenalkannya kepada orang lain.

7. Boleh menisbatkan seorang lelaki kepada nama ibunya jika itu sudah masyhur.

8. Disyariatkan mengumandangkan azan pertama sebelum masuk waktu solat Subuh.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s