HADITS KE 220 : RUKUN-RUKUN SHOLAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB TATACARA PELAKSANAAN SHOLAT

HADITS KE 220 :

وَعَنْ عَائِشَةَ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا- قَالَتْ : ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْتَفْتِحُ اَلصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ : بِـ (اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ اَلْعَالَمِينَ ) وَكَانَ إِذَا رَكَعَ لَمْ يُشْخِصْ رَأْسَهُ وَلَمْ يُصَوِّبْهُ وَلَكِنْ بَيْنَ ذَلِكَ . وَكَانَ إِذَا رَفَعَ مِنْ اَلرُّكُوعِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ قَائِمًا . وَإِذَا رَفَعَ مِنْ اَلسُّجُودِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ جَالِسًا . وَكَانَ يَقُولُ فِي كُلِّ رَكْعَتَيْنِ اَلتَّحِيَّةَ . وَكَانَ يَفْرِشُ رِجْلَهُ اَلْيُسْرَى وَيَنْصِبُ اَلْيُمْنَى . وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقْبَةِ اَلشَّيْطَانِ وَيَنْهَى أَنْ يَفْتَرِشَ اَلرَّجُلُ زِرَاعَيْهِ اِفْتِرَاشَ اَلسَّبُعِ . وَكَانَ يُخْتَمُ اَلصَّلَاةَ بِالتَّسْلِيمِ ) أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ وَلَهُ عِلَّةٌ

‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam biasanya membuka sholat dengan takbir dan memulai bacaan dengan alhamdulillaahi rabbil ‘alamiin (segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam). Bila beliau ruku’ beliau tidak mengangkat kepalanya dan tidak pula menundukkannya tetapi pertengahan antara keduanya; bila beliau bangkit dari ruku’ beliau tidak akan bersujud sampai beliau berdiri tegak; bila beliau mengangkat kepalanya dari sujud beliau tidak akan bersujud lagi sampai beliau duduk tegak; pada setiap 2 rakaat beliau selalu membaca tahiyyat; beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan meluruskan kakinya yang kanan; beliau melarang duduk di atas tumit yang ditegakkan dan melarang meletakkan kedua sikunya seperti binatang buas; beliau mengakhiri sholat dengan salam. Hadits ma’lul dikeluarkan oleh Muslim.

MAKNA HADITS :

Allah (s.w.t) menyerahkan tugasan mentafsir al-Qur’an kepada Nabi (s.a.w) karena baginda adalah orang yang paling mengetahui tentang makna yang dimaksudkan oleh Allah.

Allah (s.w.t) berfirman:

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

“… Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur‟an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka.” (Surah al-Nahl: 44)

Maka Nabi (s.a.w) menerangkan kepada kita tentang tatacara pelaksanaan sholat melalui sabdanya dan mempraktekkannya pula kepada kita melalui perbuatannya. Untuk itu baginda bersabda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

“Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku solat.”

Sahabat amat mengambil berat semua ucapan dan perbuatan Nabi (s.a.w) sebagaimana yang digambarkan oleh Ummu al-Mu’minin kepada kita dalam hadis
ini ketika menceritakan tentang tatacara sholat Nabi (s.a.w).

FIQH HADITS :

1. Membuka sholat dengan takbiratul ihram merupakan salah satu daripada rukun sholat.

2. Wajib membaca Surah al-Fatihah sesudah takbiratul ihram, dan Surah Al-Fatihah merupakan salah satu dari rukun sholat.

3. Wajib tuma’ninah dalam rukuk dan sujud. Kedua-duanya merupakan rukun sholat tanpa keduanya adalah tidak sah.

4. Duduk dalam sholat dilarang menyerupai cara duduk anjing dan cara mendekam seperti binatang buas.

5. Membaca tasyahhud pada setiap dua rakaat. Tasyahhud pada rakaat terakhir merupakan rukun sholat.

6. Menutup sholat dengan membaca salam. Menurut jumhur ulama, salam pertama merupakan rukun sholat. Lain halnya dengan mazhab Hanafi yang mengatakan bahwa keluar dari sholat boleh dengan membaca salam dan boleh pula dengan cara lain yang bertentangan dengan sholat, misalnya berbicara, berhadas, atau berdiri.
Rasulullah (s.a.w) menyuruh kita supaya berbeda dengan hewan ketika kita sedang mengerjakan sholat. Salah seorang ulama menghimpun perkara tersebut melalui syairnya berikut:

إذا نحنُ قُمنا في الصَّـلاة فإنَّنا

نُهينا عن الإتيانِ فيها بستَّـــة

بُرُوك بعير والتفـاتٌ كثعلَب

ونقرُ غُراب في سُجود الفَريضَـة

وإقعاءُ كلب أو كبَسْط ذراعِه

وأذنابُ خَيْل عند فِعل التَّحيَّــة

Jika kami telah berdiri memasuki solat

Kami dilarang melakukan enam perkara

Cara mendekam seperti unta (ketika sujud

Menoleh seperti musang dan mematuk seperti burung gagak ketika sujud solat fardu

Duduk iq’a’ seperti anjing atau menopang kedua hastanya

Dan seperti ekor kuda ketika sedang melakukan tahiyyat.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s