HADITS KE 237 : BACAAN TAKBIR DALAM SHALAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB TATACARA PELAKSANAAN SHOLAT

HADITS KE 237 :

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُ قَالَ : ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَامَ إِلَى اَلصَّلَاةِ يُكَبِّرُ حِينَ يَقُومُ ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْكَعُ ثُمَّ يَقُولُ : “سَمِعَ اَللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” حِينَ يَرْفَعُ صُلْبَهُ مِنْ اَلرُّكُوعِ ثُمَّ يَقُولُ وَهُوَ قَائِمٌ : “رَبَّنَا وَلَكَ اَلْحَمْدُ” ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَهْوِي سَاجِدًا ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَسْجُدُ ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْفَعُ ثُمَّ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي اَلصَّلَاةِ كُلِّهَا وَيُكَبِّرُ حِينَ يَقُومُ مِنْ اِثْنَتَيْنِ بَعْدَ اَلْجُلُوسِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْه

Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam apabila sholat beliau bertakbir ketika berdiri kemudian bertakbir ketika ruku’ lalu membaca “sami’allaahu liman hamidah” (Allah mendengar orang yang memuji-Nya) ketika beliau mengangkat tulang punggungnya dari ruku’. Saat berdiri beliau membaca “rabbanaa walakal hamdu” (Ya Tuhan kami hanya bagi-Mu segala puji) kemudian beliau melakukan demikian seluruhnya dalam sholat dan bertakbir ketika bangkit dari dua rakaat setelah duduk tahiyyat.” Muttafaq Alaihi.

MAKNA HADITS :

Ketika Nabi (s.a.w) menyuruh sahabatnya untuk mengetahui cara-cara sholat yang disyariatkan meneruskan perbuatannya, baginda bersabda: “Sholatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihatku sholat.” Dari sini para sahabat meneliti sholat dan setiap perbuatannya serta menukil semua yang dibacanya, karena didorong oleh keinginan mereka yang kuat untuk mengetahui tatacara sholat yang disyariatkan.

Antara petunjuk Nabi (s.a.w) dalam sholat ialah baginda sentiasa membaca takbiratul ihram ketika berdiri, lalu membaca takbir lagi ketika rukuk, lalu membaca ” سمع الله لمن حمده ” ketika bangkit daru rukuk. Jika telah berdiri dalam i’tidal, baginda membaca “ربنا ولك الحمد”. Baginda mengucapkan takbir ketika mengangkat tubuhnya dan ketika berdiri dari duduk sesudah rakaat kedua. Inilah yang baginda lakukan dalam setiap sholat.

FIQH HADITS :

1. Wajib bertakbiratul ihram.

2. Wajib takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain menurut Imam Ahmad, sedangkan menurut jumhur ulama, hukumnya sunat.

3. I’tidal merupakan rukun sholat, sama ada i’tidal berdiri setelah bangkit dari rukuk mahupun i’tidal duduk setelah bangkit dari sujud.

4. Disunatkan menggabungkan antara memperdengarkan bacaan dan tahmid bagi imam, dan orang yang sholat sendirian.

5. Makmum hanya dibolehkan membaca tahmid.

6. Menjelaskan bilangan takbir dalam sholat fardu lima waktu, termasuk takbiratul ihram. Jumlah keseluruhannya sebanyak sembilan puluh empat takbir yang
perinciannya adalah sebagai berikut: Setiap sholat yang terdiri daripada empat rakaat terdapat dua puluh dua takbir, sedangkan jumlah sholat yang terdiri dari empat rakaat itu ada tiga. Jadi, jumlah keseluruhannya menjadi 66 takbir. Dalam solat yang terdiri dari tiga rakaat terdapat tujuh belas takbir, dan dalam sholat dua rakaat terdapat sebelas takbir. Jadi jumlah keseluruhan takbir dalam solat fardu lima waktu ialah 94 takbir.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s