HADITS KE 304-305 : JUMLAH RAKAAT SHALAT WITIR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB GAMBARAN SHALAT SUNNAH

HADITS KE 304 :

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( مَا كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً, يُصَلِّي أَرْبَعًا, فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ, ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا, فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ, ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا. قَالَتْ عَائِشَةُ, فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ, أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ? قَالَ: “يَا عَائِشَةُ, إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي”) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

وَفِي رِوَايَةٍ لَهُمَا عَنْهَا: ( كَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ عَشْرَ رَكَعَاتٍ, وَيُوتِرُ بِسَجْدَةٍ, وَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ, فَتِلْكَ ثَلَاثُ عَشْرَةَ )

‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menambah dalam sholat malam Ramadhan atau lainnya lebih dari sebelas rakaat. Beliau sholat empat rakaat dan jangan tanyakan tentang baik dan panjangnya. Kemudian beliau sholat empat rakaat dan jangan tanyakan tentang baik dan panjangnya. Kemudian beliau sholat tiga rakaat. ‘Aisyah berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah, apakah engkau tidur sebelum sholat witir? Beliau menjawab: “Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur namun hatiku tidak.” Muttafaq Alaihi.

Dalam suatu riwayat Bukhari-Muslim yang lain: Beliau sholat malam sepuluh rakaat, sholat witir satu rakaat, dan sholat fajar dua rakaat. Jadi semuanya tiga belas rakaat.

HADITS KE 305 :

وَعَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً, يُوتِرُ مِنْ ذَلِكَ بِخَمْسٍ, لَا يَجْلِسُ فِي شَيْءٍ إِلَّا فِي آخِرِهَا)

‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam sholat malam tiga belas rakaat, lima rakaat di antaranya sholat witir, beliau tidak pernah duduk kecuali pada rakaat terakhir.

MAKNA HADITS :

Oleh kerana sholat sunat pada waktu malam hari adalah sunat, maka adakalanya Nabi (s.a.w) sengaja menambah jumlah rakaatnya dan adakalanya pula mengurangi bilangan rakaatnya.

Tujuannya ialah untuk membuktikan ia adalah sunat dan ia boleh dengan cara seperti itu disamping menjaga keadaan supaya tetap bersemangat dan adakalanya pula baginda melakukan ketika sedang musafir.

Dengan demikian, dapatlah diketahui bahwa tidak ada kecelaruan dalam hadis Aisyah (r.a), sebaliknya apa yang dilakukan oleh Nabi (s.a.w) ketika mengerjakan sholat tahajjud memang berbeda-beda. Adakalanya Aisyah (r.a) menceritakan bahwa baginda mengerjakan sholat sunat sebelas rakaat, adakalanya menceritakan tiga belas rakaat, dan adakalanya pula menceritakan lima belas rakaat.

Oleh karena sebagian besar kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi (s.a.w) adalah yang pertama, yaitu sebelas rakaat, maka Aisyah (r.a) mengatakan: “Dan tidak pula pada lainnya (selain Ramadhan).” Ini berdasarkan kebiasaan, bukannya sebagai ikatan. Pembahasan mengenai masalah ini cukup luas.

Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Rasulullah (s.a.w) ialah tidur baginda tidak membatalkan wuduk karena hati baginda tetap dalam keadaan sadar dan selalu hadir bersama Allah, yakni senantiasa ingat kepada-Nya.

FIQH HADITS :

1. Menjelaskan jumlah bilangan rakaat sholat sunat pada waktu malam hari.

2. Menjelaskan jumlah bilangan rakaat solat witir.

3. Makruh tidur sebelum mengerjakan sholat witir.

4. Hati yang tidur membatalkan wuduk. Inilah pendapat Imam Malik dan berkata: “Tidur yang dilakukan oleh seseorang hingga tidak merasa lagi apa yang terjadi di hadapannya membatalkan wuduk. Rujuk pembahasan masalah
ini pada pembahasan sebelumnya.

5. Disyariatkan melakukan dua rakaat sunat fajar (qabliyyah Subuh).

6. Antara keistimewaan yang dimiliki oleh para nabi ialah mata mereka tidur, tetapi hati mereka tidak tidur, tetap sadar.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s