HADITS KE 38 : ANJURAN MEMEGANG TONGKAT KETIKA KHUTBAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SHALAT JUM’AT

HADITS KE 38 :

وَعَنِ الْحَكَمِ بْنِ حَزْنٍ رضي الله عنه قَالَ: ( شَهِدْنَا الْجُمُعَةَ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى عَصًا أَوْ قَوْسٍ ) رَوَاهُ أَبُو دَاوُد

Hakam Ibnu Hazn Radliyallaahu ‘anhu berkata: Kami mengalami sholat Jum’at bersama Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, beliau berdiri dengan memegang tongkat atau busur panah.” Riwayat Abu Dawud.

MAKNA HADITS :

Nabi (s.a.w) melakukan khutbah Jum’at dengan mengekalkan tradisi orang Arab berkhutbah dengan tujuan untuk membujuk mereka. Oleh itu, baginda selalu memelihara tata cara yang biasa dipakai oleh mereka. Di kalangan mereka seorang khatib melakukan khutbah sambil berdiri dan tangan kanannya bersandar atau
memegangi sebuah tongkat atau sebuah busur panah. Tujuannya ialah untuk menjaga agar khutbah tidak disepelekan dan meneguhkan hati khatib agar tidak gentar sehingga penampilannya kelihatan berwibawa dan penuh dengan keteguhan hati. Oleh itu, disyariatkan berdiri ketika melakukan dua khutbah dan bersandar pada busur atau tongkat serta menghadapkan muka ke arah kaum muslimin yang hadir di hadapannya.

FIQH HADITS :

1. Seorang khatib disunatkan berpegang pada sebuah tongkat atau busur panah ketika sedang menyampaikan khutbah. Hikmahnya ialah supaya tangan khatib tidak melakukan perkara-perkara yang dianggap sia-sia.

2. Disyariatkan memulai khutbah dengan membaca hamdalah dan sanjungan kepada Allah (s.w.t).

3. Khatib dianjurkan memberikan bimbingan kepada umat manusia untuk
melakukan perkara-perkara yang bisa mendatangkan maslahat bagi
diri mereka dan menyampaikan berita gembira kepada mereka bahwa
mereka akan memperoleh ganjaran pahala dari amal kebaikannya, supaya
mereka bersemangat untuk terus beramal. Selain itu, khatib hendaklahmenganjurkan mereka bersikap sederhana dalam beramal, yakni tidak memandangnya remeh dan tidak pula berlebihan.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s