HADITS KE 142 : CARA BERZIYARAH KUBUR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

KITAB JANAZAH

HADITS KE 142 :

عن سليمان ابن بُرَيْدَةَ عن أبيه رضي الله عنهما قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُهُمْ إِذَا خَرَجُوا إِلَى الْمَقَابِرِ فَكَانَ قَائِلُهُمْ يَقُولُ : (السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ ، أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ). رواه مسلم

Daripada Sulaiman ibn Buraidah (r.a) daripada ayahnya, beliau berkata:
“Rasulullah (s.a.w) pernah mengajarkan doa berikut ini apabila mereka hendak
menziarahi kubur:

السَّلامُ عَلَيكُمْ أَهْل الدِّيارِ مِنَ المُؤْمِنِينَ والمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ للاَحِقُونَ ، أَسْأَلُ اللَّه لَنَا وَلَكُمُ العافِيَةَ

“Semoga keselamatan sentiasa dilimpah ke atas kamu wahai para penghuni kubur
dari kalangan kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya, insya Allah, kami
akan menyusul kamu. Kami memohon keselamatan kepada Allah untuk diri kami
dan diri kamu.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

MAKNA HADITS :

Nabi (s.a.w) menganjurkan menziarahi kubur agar dapat mengambil pengajaran
daripadanya sekaligus mendoakan para penghuninya agar diselamatkan daripada
seksa kubur dan pertanyaan semasa hisab.
Orang yang melakukan ziarah akan teringat dengan hari akhirat dan tertanam
dalam dirinya sikap zuhud terhadap urusan duniawi. Mengucapkan salam kepada
orang yang telah meninggal dunia sama dengan mengucapkan salam kepada orang
yang masih hidup. Mendoakan mereka sememangnya disyariatkan dan dalilnya
adalah firman Allah (s.w.t):

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

“Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdo’a:
“Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang’.” (Surah al-Hasyr: 10).

FIQH HADITS :

1. Disyariatkan menziarahi kubur dan mengucapkan salam kepada para
penghuninya serta berdo’a untuk diri sendiri, untuk orang yang masih hidup dan orang yang telah mati dengan do’a-do’a yang pernah dibaca oleh Nabi (s.a.w) dalam masalah ini.

2. Rasulullah (s.a.w) senantiasa memberikan pelajaran tentang cara berziarah kubur yang dibenarkan oleh syari’at kepada para sahabatnya.

3. Hendaklah kalimat-kalimat do’a mengandung makna umum yang mencakupi kaum lelaki dan wanita.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s