HADITS KE 150 : HARAMNYA MENERIMA ZAKAT BAGI KELUARGA NABI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 150

وَعَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ, عَنْ أَبِيهِ, عَنْ جَدِّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( فِي كُلِّ سَائِمَةِ إِبِلٍ: فِي أَرْبَعِينَ بِنْتُ لَبُونٍ, لَا تُفَرَّقُ إِبِلٌ عَنْ حِسَابِهَا, مَنْ أَعْطَاهَا مُؤْتَجِرًا بِهَا فَلَهُ أَجْرُهُ, وَمَنْ مَنَعَهَا فَإِنَّا آخِذُوهَا وَشَطْرَ مَالِهِ, عَزْمَةً مِنْ عَزَمَاتِ رَبِّنَا, لَا يَحِلُّ لِآلِ مُحَمَّدٍ مِنْهَا شَيْءٌ ) رَوَاهُ أَحْمَدُ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَالنَّسَائِيُّ, وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ, وَعَلَّقَ اَلشَّافِعِيُّ اَلْقَوْلَ بِهِ عَلَى ثُبُوتِه ِ

Dari Bahz Ibnu Hakim, dari ayahnya, dari kakeknya Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Pada setiap 40 ekor unta yang dilepas mencari makan sendiri, zakatnya seekor anak unta betina yang umurnya memasuki tahun ketiga. Tidak boleh dipisahkan anak unta itu untuk mengurangi perhitungan zakat. Barangsiapa memberinya karena mengharap pahala, ia akan mendapat pahala. Barangsiapa menolak untuk mengeluarkannya, kami akan mengambilnya beserta setengah hartanya karena ia merupakan perintah keras dari Tuhan kami. Keluarga Muhammad tidak halal mengambil zakat sedikit pun.” Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Nasa’i. Hadits shahih menurut Hakim. Syafi’i memberikan komentar atas ketetapan hadits ini.

MAKNA HADITS :

Pemimpin dan wakilnya boleh mengambil zakat ternakan dengan cara paksa dari orang yang enggan membayarnya. Ini merupakan kesepakatan ulama. jika pemilik harta berniat membayarnya ketika pemimpin mengambil zakat
dari hartanya, maka gugurlah kewajiban zakat darinya, dia memperoleh ganjaran pahala dan keberkatan. Jika tetap tidak mau membayar zakat secara suka rela, lalu pemimpin mengambilnya dengan cara paksa, maka itu sudah Dianggap memadai dan gugurlah kewajiban zakat darinya. Dalam kes ini, niat pemimpin menggantikan niatnya, tetapi pemilik harta tidak mendapat sebarang ganjaran pahala.

FIQIH HADITS :

1. Ternakan unta yang digembalakan dengan bebas wajib dikeluarkan zakatnya.

2. Dua orang yang bekerja sama dilarang memisahkan ternakan unta mereka dengan tujuan agar menghindar dari kewajiban membayar zakat atau untuk meminimkan zakatnya.

3. Dianjurkan ikhlas dalam menunaikan zakat untuk memperoleh keridaan Allah (s.w.t).

4. Boleh mengambil zakat dengan cara paksa apabila pemilik harta yang wajib membayar zakat tidak mau menunaikannya. Jika diambil dengan cara paksa, bererti dia telah melaksanakan kewajiban, sekalipun dia tidak
mendapatkan ganjaran pahala.

5. Haram menjatuhkan hukuman dengan cara mengambil harta, kerana haram mengambil harta orang muslim. Dalilnya adalah qath’i, sedangkanhadis Bahz ini adalah ahad yang bersifat dhanni; sedangkan dalil dhanni
tidak boleh didahulukan ke atas dalil qath’i. Akan tetapi, sebahagian ulama ada yang membolehkan menjatuhkan hukuman berupa harta berlandaskan makna zahir hadis ini. Ulama yang berpendapat demikian adalah Imam Ahmad, tetapi pendapat ini lemah, kerana boleh membuka kemungkinan bagi orang zalim meluahkan kejahatannya seperti memakan harta orang lain dengan cara yang batil.

6. Zakat haram secara mutlak bagi keluarga Nabi Muhammad (s.a.w) bagi memuliakan mereka, kerana zakat merupakankotoran harta manusia. Ulama berbeda pendapat mengenai definisi keluarga Nabi (s.a.w) ini. Imam Abu
Hanifah dan murid-muridnya mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan
dengan keluarga Nabi (s.a.w) adalah Bani Hasyim. Mereka adalah keluarga al-Abbas, keluarga Ali ibn Abu Talib, keluarga Ja’far dan keluarga Uqail yang merupakan saudara Ali (r.a), termasuk pula keluarga al-Harits ibn
Abdul Mutalib. Bani Lahab tidak termasuk ke dalam golongan mereka.

Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakan bahawa keluarga Nabi (s.a.w) adalah Bani Hasyim secara mutlak. Dengan demikian, termasuk pula orang yang masuk Islam dari kalangan Bani Lahab, seperti Utbah dan Mu’tib.
Imam al-Syafi’i mengatakan bahawa pendapatnya sama dengan pendapat

sebagian Imam Maliki dan Imam Ahmad. Mereka adalah Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, kerana Nabi (s.a.w) telah memberikan sebahagian ahli bait kepada mereka, sedangkan baginda tidak memberikannya kepada
seorang pun dari kalangan kabilah Quraisy. Bahagian tersebut sebagai
pengganti harta zakat yang diharamkan ke atas mereka.

7. Sedekah fardhu haram bagi Nabi (s.a.w) dan keluarganya. Begitu pula sedekah sunat, menurut pendapat yang kuat di kalangan mazhab Hanafi.

Menurut pendapat yang muktamad dari kalangan mazhab Maliki, mazhab
al-Syafi’i dan mazhab Hanbali, keluarga Nabi (s.a.w) dan para mawali dibolehkan menerima sedekah sunat kerana diqiyaskan kepada hadiah,
hibah, dan wakaf. Menurut Imam Ahmad, apabila keluarga Nabi (s.a.w) tidak diberi hak sebagai ahli bait, maka bahagian zakat tidak diberikan kepada mereka walaupun itu sedikit. Ini merupakan pendapat yang sahih dari mazhab al-Syafii berlandaskan kepada keumuman dalil-dalil yang melarangnya. Ini kerana kemuliaan mereka yang masih ada ikatan
kekerabatan dengan Nabi (s.a.w). Kedudukan ini sifatnya tetap, kerana itu sebaiknya tetap dilarang. Imam Malik dan sebahagian mazhab Hanafi mengatakan bahawa zakat boleh diberikan kepada mereka dalam keadaan
seperti itu, yakni mereka tidak mendapat bagian dzawul qurba. Jumhur ulama berpendapat bahawa para mawali sebagai kerabat Nabi (s.a.w) tidak boleh menerima zakat, yakni haram menerima zakat. Imam Malik dan
sebahagian kalangan mazhab al-Syafii mengatakan bahawa zakat dapat
diberikan kepada mereka memandangkan mereka bukan kerabat yang sebenar dan tidak mendapat bahagian dari bahagian dzawul qurba. Oleh itu, zakat tidak diharamkan atas mereka, sama halnya dengan orang lain, di
samping penyebab diharamkan zakat yaitu kemuliaan kerabat Nabi (s.a.w) dan ini tidak ada pada diri mereka.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s