HADITS KE 185 : KENAPA ZAKAT DIHARAMKAN KEPADA NABI MUHAMMAD DAN KELUARGANYA?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PEMBAGIAN SODAQOH

HADITS KE 185

وَعَنْ عَبْدِ اَلْمُطَّلِبِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ اَلْحَارِثِ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنَّ اَلصَّدَقَةَ لَا تَنْبَغِي لِآلِ مُحَمَّدٍ, إِنَّمَا هِيَ أَوْسَاخُ اَلنَّاسِ ) وَفِي رِوَايَةٍ: ( وَإِنَّهَا لَا تَحِلُّ لِمُحَمَّدٍ وَلَا آلِ مُحَمَّدٍ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ 

Dari Abdul Muttholib Ibnu Rabi’ah Ibnu Harits bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya zakat itu tidak patut bagi keluarga Muhammad, karena ia sebenarnya adalah kotoran manusia.” Dan menurut suatu riwayat: “Sesungguhnya ia tidak halal bagi Muhammad dan keluarga Muhammad.” Riwayat Muslim.

MAKNA HADIST

Allah (s.w.t) memuliakan Nabi (s.a.w) dan demikian pula keluarganya sebagai penghormatan bagi mereka di atas pertalian kekerabatan mereka dengan Nabi (s.a.w). Oleh itu, Allah melarang mereka daripada menerima zakat yang merupakan kotoran harta manusia. Kedudukan mereka tidak patut menjadi penadah bagi saki aki kotoran tersebut dan sebagai gantinya Allah memuliakan mereka dengan mengkhususkan seperlima dari seperlima (empat peratus) bahagian ghanimah untuk menjamin dan membuat mereka hidup berkemampuan. Pengharaman zakat ke atas Nabi (s.a.w) telah pun disepakati oleh seluruh ulama. Tetapi bagi keluarga baginda, menurut satu pendapat, zakat diharamkan ke atas mereka secara mutlak, sama ada mereka masih mendapat bahagian dari khumus al- khumus ataupun tidak. Namun menurut pendapat yang lain, apabila mereka tidak mendapat bahagian dari khumus al-khumus, maka zakat dihalalkan ke atas mereka apabila keadaan mereka miskin dan memerlukannya. Akan tetapi, makna zahir kebanyakan hadis yang membincangkan masalah ini telah mengharamkannya dan ini hanya semata-mata berkaitan sedekah wajib atau zakat. Adapun sedekah sunat, maka ia diharamkan ke atas Nabi (s.a.w) menurut kesepakatan semua ulama, namun dihalalkan bagi keluarganya. Sungguhpun demikian, ada segolongan ulama yang memilih tetap mengharamkannya bagi keluarga Nabi (s.a.w) berdasarkan keumuman dalil-dalilnya dan adanya ‘illat hukum, kerana sedekah pun termasuk kotoran harta manusia. Apa yang dimaksudkan dengan keluarga Nabi (s.a.w) adalah kaum kerabatnya, iaitu Bani Hasyim dan Bani al-Mutalib, menurut mazhab al-Syafi’i. Menurut mazhab Maliki dan mazhab Hanbali, keluarga baginda adalah Bani Hasyim sahaja. Sedangkan menurut pendapat mazhab Hanafi, mereka terdiri daripada lima puak yang berakar daripada Bani Hasyim, iaitu keluarga Ali, keluarga al-Abbas, keluarga Ja’far, keluarga ‘Uqail, dan keluarga al-Harits. Tafsiran mazhab Hanafi terhadap maksud keluarga ini cenderung lebih sempit

FIQH HADIST

Zakat diharamkan ke atas Nabi (s.a.w) dan keluarganya. ‘Illat ia diharamkan ialah
menghormati Nabi (s.a.w) dan keluarganya serta untuk membersihkan mereka
daripada kotoran manusiaWallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s