HADITS KE 190 : BERPUASA DI HARI YANG MERAGUKAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PUASA

HADITS KE 190

وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رضي الله عنه قَالَ: ( مَنْ صَامَ اَلْيَوْمَ اَلَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا اَلْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم )  وَذَكَرَهُ اَلْبُخَارِيُّ تَعْلِيقًا, وَوَصَلَهُ اَلْخَمْسَةُ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ, وَابْنُ حِبَّانَ

Ammar Ibnu Yasir Radliyallaahu ‘anhu berkata: Barangsiapa shaum pada hari yang meragukan, maka ia telah durhaka kepada Abdul Qasim (Muhammad) Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam Hadits mu’allaq riwayat Bukhari, Imam Lima menilainya maushul, sedang Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban menilainya hadits shahih.

MAKNA HADIST

Apa yang dimaksudkan dengan “hari yang masih diragui” atau yaum al-syakk ialah tarikh tiga puluh bulan Sya’ban, iaitu apabila pada malam harinya masih belum kelihatan anak bulan kerana cuaca gelap, misalnya pengaruh mendung atau asap atau lain-lain sebagainya. Hari itu dapat dikatgeorikan sebagai bahagian permulaan Ramadhan sebagaimana dapat pula dianggap sebagai akhir bulan Sya’ban. Syariat Islam melarang daripada berpuasa pada hari itu. Ulama berbeda pendapat mengenai pengertian larang ini; sebahagian mereka ada yang menganggapnya bermakna haram dan sebahagian yang lain ada yang mengatakan makruh

FIQH HADIST

Dilarang berpuasa pada hari yang masih diragui. Imam al-Syafi’i berkata: “Haram
berpuasa pada hari yang diragukan itu meskipun menganggapnya sebagai sebahagian daripada Ramadhan atau puasa sunat bagi orang yang tidak biasa berpuasa pada
hari itu. Akan tetapi, dibolehkan berpuasa pada hari itu untuk mengqadha’ puasa
wajib yang lain atau puasa sunat yang telah menjadi kebiasaannya.” Imam al-Syafi’i
berpegang dengan perkataan “عصى “derhaka), kerana perbuatan derhaka itu tidak
lain kecuali sebagai akibat daripada mengerjakan perbuatan yang diharamkan.
Jumhur ulama mengatakan bahawa hukum berpuasa pada hari yang diragukan
itu sebagai puasa Ramadhan adalah makruh tahrim, namun mereka membolehkan
puasa sunat pada hari itu atau puasa mengqadha’ puasa wajib yang lain. Mereka
berpendapat demikian kerana mentafsirkan hadis-hadis yang melarang berpuasa
pada hari itu sebagai larangan untuk puasa Ramadhan. Mereka menjawab tentang
perkataan “عصى ,“bahawa apa yang dimaksudkan dengannya ialah “خالف ,“yakni
berbeda; kalau berbeda, bererti hukumnya makruh.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s