Arsip Kategori: 002. BAB ADZAN

HADITS KE 153 : TATA CARA MENJAWAB ADZAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 153 :

وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا سَمِعْتُمْ اَلنِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ اَلْمُؤَذِّنُ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

وَلِلْبُخَارِيِّ: عَنْ مُعَاوِيَةَ

وَلِمُسْلِمٍ: ( عَنْ عُمَرَ فِي فَضْلِ اَلْقَوْلِ كَمَا يَقُولُ اَلْمُؤَذِّنُ كَلِمَةً كَلِمَةً سِوَى اَلْحَيْعَلَتَيْنِ فَيَقُولُ: “لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاَللَّهِ” )

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila engkau sekalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang diucapkan muadzin.” Muttafaq Alaihi.

Dalam riwayat Bukhari dari Muawiyah Radliyallaahu ‘anhu terdapat hadits yang semisalnya.

Menurut Riwayat Muslim dari Umar Radliyallaahu ‘anhu tentang keutamaan mengucapkan kalimat per kalimat sebagaimana yang diucapkan oleh sang muadzin kecuali dua hai’alah (hayya ‘alash sholaah dan hayya ‘alal falaah) maka hendaknya mengucapkan la haula wala quwwata illa billah.

MAKNA HADITS :

Menjawab azan yang dilakukan oleh pendengar disebut hikayah al-azan (meniru bacaan azan), yaitu dengan cara meniru semua sebutan lafaz azan kecuali
حي على الصلاة “ dan “حي على الفلاح
maka jawaban kedua kalimat ini adalah membaca kalimat
“لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم”.

Hikmah menjawab azan yang dilakukan oleh orang yang mendengarnya adalah bersegera datang menuju ke tempat sholat. Ini berarti dia telah memenuhi
seruannya dengan ucapan sekaligus perbuatannya, yaitu berwuduk dan berangkat ke masjid untuk mengerjakan sholat berjamaah. Menjawab azan yang dilakukan oleh orang yang medengarnya tidak semata-mata bertujuan meniru suara azan yang kemudian menyeru umat manusia mengerjakan solat, sebaliknya ia bertujuan membangkitkan perasaan. Dengan membaca
لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم “
seseorang telah mengakui kelemahan yang ada pada dirinya sekaligus memohon pertolongan
kepada Allah untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini. Dengan demikian, orang yang mendengar azan itu mendapat ganjaran pahala setelah membaca hawqalah
“لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم “
(yang merupakan respon ke atas ucapan al-hay’alatain yang
dikumandangkan oleh juru azan.
Hukum menjawab azan ialah sunat, dan dianggap sudah memadai apabila azan yang dikumandangkan oleh seorang muazin telah dijawab meskipun di kawasan tersebut ramai orang yang mengumandangkan azan. Azan pertama untuk fajar
kadzib mesti dijawab, kerana Islam telah menyebutnya sebagai azan dan oleh kerananya, ia sunat untuk dijawab.

FIQH HADITS :

1. Disyariatkan menjawab azan yang dikumandangkan muazzin baik bagi orang yang dalam keadaam bersuci ataupun hadas, wanita yang haid
maupun yang junub, sebab jawaban itu merupakan berzikir kepada Allah dan diperbolehkan untuk melakukan dzikir. Namun menjawab azan tidak boleh dilakukan oleh orang yang sedang buang air dan orang yang sedang bersetubuh.

2. Hukum menjawab azan adalah sunat, kerana ulama telah sepakat
mengenainya. Kesepakatan inilah yang memalingkan pengertian wajib di dalam perintah yang terkandung di dalam sabda Rasulullah (s.a.w): “Maka ucapkanlah…”

3. Orang yang mendengar al-haya’alatain hendaklah menjawab dengan al-hawqalatain.

4. Keutamaan ikhlas di dalam setiap beramal. Amal yang diterima oleh Allah merupakan anugerah yang besar hingga seseorang yang melakukannya akan masuk ke dalam surga.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 152 : KEWAJIBAN IJTIHAD WAKTU SEBELUM ADZAN DIKUMANDANGKAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 152 :

وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ; ( إِنَّ بِلَالاً أَذَّنَ قَبْلَ اَلْفَجْرِ فَأَمَرَهُ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَرْجِعَ فَيُنَادِيَ: “أَلَا إِنَّ اَلْعَبْدَ نَامَ ) رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَضَعَّفَهُ

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu bahwa Bilal beradzan sebelum fajar lalu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menyuruhnya kembali pulang kemudian berseru: “Ingatlah bahwa hamba itu butuh tidur.” Diriwayatkan dan dianggap hadits lemah oleh Abu Dawud.

MAKNA HADITS :

Tidak diperbolehkan mengumandangkan azan untuk memberitahu masuknya waktu
solat sebelum mengenal pasti kebenaran masuknya waktu solat. Apabila muazzin salah lalu mengumandangkan azan sebelum tiba waktu solat, maka dia wajib
mengingatkan orang yang mendengarnya melalui seruan ralat supaya mereka tidak terpengaruh dengan azan tersebut sehingga mengerjakan solat sebelum masuk waktunya.

FIQH HADITS :

1. Disyariatkan mematuhi orang alim, lebih-lebih lagi dalam urusan agama.

2. Tidak boleh mengumandangkan azan Subuh sebelum masuk waktunya.

3. Juru azan mesti meneliti waktu terlebih dahulu dalam memastikan waktu solat. Tetapi jika ternyata masih salah setelah ijtihad mengenainya, maka dia wajib memberitahu orang ramai tentang kekeliruannya tersebut.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 150 : ADZAN DAN JAMAK SHOLAT KETIKA PELAKSANAAN IBADAH HAJI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 150 :

ولَهُ عَنْ جَابِرٍ; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَتَى اَلْمُزْدَلِفَةَ فَصَلَّى بِهَا اَلْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ بِأَذَانٍ وَاحِدٍ وَإِقَامَتَيْنِ )

وَلَهُ عَنْ اِبْنِ عُمَرَ: ( جَمَعَ بَيْنَ اَلْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِإِقَامَةٍ وَاحِدَةٍ ). زَادَ أَبُو دَاوُدَ: ( لِكُلِّ صَلَاةٍ ). وَفِي رِوَايَةِ لَهُ: ( وَلَمْ يُنَادِ فِي وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا )

Dalam riwayat Muslim yang lain dari Jabir Radliyallaahu ‘anhu bahwa ketika Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam tiba di kota Mudzalifah beliau shalat Maghrib dan Isya’ dengan satu adzan dan dua qomat.

Hadits riwayat Muslim dari Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menjamak shalat Maghrib dan Isya’ dengan satu kali qomat. Abu Dawud menambahkan: Untuk setiap kali shalat. Dalam riwayat lain: Tidak diperintahkan adzan untuk salah satu dari dua shalat tersebut.

MAKNA HADITS :

Nabi (s.a.w) menjamak solat Maghrib dengan solat Isyak di al-Muzdalifah dengan jamak ta’khir, tetapi keterangan yang dinukil oleh sahabat mengenai apa yang
dilakukan pada malam itu masih diwarnai oleh kenyataan yang berlainan antara satu sama lain.
Jabir menceritakan bahwa Rasulullah (s.a.w) menjamak kedua-duanya dengan sekali azan dan sekali iqamah untuk masing-masing solat, yakni dua kali iqamah. Ibn Umar (r.a) menceritakan bahwa Nabi (s.a.w) menjamak kedua-dua solat itu dengan dua iqamah tanpa mengumandangkan azan.
Ibnu Mas’ud (r.a) menceritakan bahwa Nabi (s.a.w) menjamak kedua-duanya dengan dua kali azan dan dua kali iqamah.
Imam al-Syafi’i mengambil riwayat Jabir yang mengatakan satu kali azan dan dua kali iqamah, bukan riwayat Ibn ‘Umar, karena riwayat yang mengukuhkan mesti didahulukan ke atas riwayat yang menafikan.

FIQH HADITS :

1. Orang yang berhaji dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan solat Isyak secara jamak takhir di al-Muzdalifah, dan disyariatkan mengumandangkan satu kali azan dengan dua kali iqamah untuk kedua-dua solat seperti mana yang ditegaskan oleh hadis Jabir (r.a), hadis no. 150.

2. Orang yang berhaji dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan solat Isyak dengan jamak takhir dan disyariatkan melakukan dua kali iqamah untuk kedua-duanya tanpa mengumandangkan azan, sebagaimana yang ditegaskan di
dalam hadis Ibn Umar (r.a), hadis no. 150 ini.

3. Orang yang berhaji dibolehkan menjamak solat Maghrib dan solat Isyak di al-Muzdalifah dengan jamak takhir dan disyariatkan mengumandangkan dua kali
azan dan dua kali iqamah untuk kedua-duanya sekali, yakni setiap solat mesti dikumandangkan satu kali azan dan satu kali iqamah sebagaimana yang ditegaskan oleh hadis Ibn Mas‟ud (r.a).

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 149 : ADZAN UNTUK SHOLAT YANG SUDAH BERLALU WAKTUNYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 149 :

وَعَنْ أَبِي قَتَادَةٌ فِي اَلْحَدِيثِ اَلطَّوِيلِ ( فِي نَوْمهمْ عَن الصَّلَاةِ – ثُمَّ أَذَّنَ بِلَالٌ فَصَلَّى رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَمَا كَانَ يَصْنَعُ كُلَّ يَوْمٍ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Qotadah Radliyallaahu ‘anhu dalam hadits yang panjang tentang mereka yang meninggalkan shalat karena tidur kemudian Bilal adzan maka Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam shalat sebagaimana yang beliau lakukan setiap hari. Hadits riwayat Muslim.

MAKNA HADITS :

Ulama berselisih pendapat dalam azan disyariatkan untuk menunjukkan masuknya waktu solat atau disyariatkan untuk menunjukkan masuknya waktu solat sekaligus mengajak kaum muslimin mengerjakan solat fardu secara berjamaah. Dari sini muncul perbedaan pendapat di kalangan mereka baik azan disyariatkan untuk mengerjakan solat yang sudah berlalu waktunya dan mengerjakan solat yang terlupakan.

Jumhur ulama mengatakan bahwa azan disyariatkan untuk mengerjakan solat yang telah berlalu waktunya. Pendapat ini merupakan qaul qadim Imam al-Syafi’i dengan berlandaskan kepada hadis ini. Imam al-Syafi’i di dalam qaul jadid pula mengatakan bahwa tidak perlu dikumandangkan azan untuk mengerjakan solat yang telah berlalu waktunya. Jika solat yang telah terlewatkan waktunya dikerjakan bersamaan dengan solat yang masih wujud di dalam waktunya, maka azan untuk solat yang masih wujud waktunya itu sudah mencukupi. Beliau mengemukakan dalil dengan hadis yang menceritakan Nabi (s.a.w) mengerjakan solat yang telah berlalu waktunya ketika perang al-Khandaq. Di sini baginda hanya mengumandangkan iqamah dan tidak menyuruh supaya azan dikumandangkan memandangkan waktunya telah berlalu.

FIQH HADITS :

Disyariatkan mengumandangkan azan untuk mengerjakan solat yang waktunya sudah berlalu kerana tertidur dan demikian pula dengan solat yang terlupa untuk mengerjakannya kerana kedua keadaan ini mempunyai kesamaan hukum sebagaimana yang ditegaskan dalam sabda Nabi (s.a.w):

من نام على صلاة فنسيها فليصلها إذا ذكرها

“Barang siapa yang tertidur hingga tidak mengerjakan sholat atau dia lupa mengerjakannya, maka hendaklah dia segera melakukannya apabila ingat (atau terjaga dari tidurnya).”

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 148 : ADZAN MERUPAKAN KEISTIMEWAAN BAGI SHOLAT FARDHU, BUKAN UNTUK SHOLAT SUNNAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 148 :

وَعَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: ( صَلَّيْتُ مَعَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم اَلْعِيدَيْنِ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلَا مَرَّتَيْنِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

وَنَحْوُهُ فِي اَلْمُتَّفَقِ: عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا وَغَيْرُهُ

Jabir Ibnu Samurah berkata: Aku shalat dua I’ed (Fitri dan Adha) bukan sekali dua kali bersama Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam tanpa adzan dan qomat. Riwayat Muslim.

Hadits serupa juga ada dalam riwayat Muttafaq Alaihi dari Ibnu Abbas Radliyallaahu ‘anhu dan dari yang lainnya.

MAKNA HADITS :

Islam memberikan keistimewaan tersendiri dalam solat fardu, yaitu
mengumandangkan azan untuk menyeru orang yang tempat tinggalnya berjauhan dengan masjid, dan mengumandangkan iqamah untuk mengingatkan orang yang telah berada di dalam masjid segera berdiri untuk mengerjakan solat.

Adapun solat sunat yang disyariatkan berjamaah seperti solat sunat dua hari raya, solat gerhana matahari, solat gerhana bulan, dan solat istisqa tidak perlu dikumandangkan azan dan tidak pula iqamah menurut ijmak ulama. Tetapi mereka berselisih pendapat sama ada mesti dikumandangkan “الصلاة جامعة” kerana ada hadis yang menyatakan bahwa itu dilakukan ketika hendak mengerjakan solat sunat dua hari raya, sepbagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam al-
Syafi’i. Menurut Imam al-Syafi’i lagi, setiap solat sunat yang di dalamnya disunatkan berjemaah diqiaskan dengan sholat sunat dua hari raya ini. Namun pendapat yang lain mengatakan bahwa tidak perlu dikumandangkan lafaz “ الصلاة جامعة“ َdalam setiap sholat sunat yang di dalamnya disunatkan berjamaah.

FIQH HADITS :

1. Tidak disyariatkan azan dan iqamah untuk mengerjakan sholat sunat dua hari raya baik Aidil fitri maupun Aidil adha.

2. Azan merupakan keistimewaan bagi sholat fardu, bukannya untuk sholat sunat.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 147 : KESUNNAHAN BERSUARA MERDU BAGI MUADZIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 147 :

وَعَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَعْجَبَهُ صَوْتُهُ فَعَلَّمَهُ اَلْآذَانَ ) رَوَاهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ

Dari Abu Mahdzurah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam kagum dengan suaranya kemudian beliau mengajarinya adzan. Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah.

MAKNA HADITS :

Kaum Quraisy kerap kali mempersenda Nabi (s.a.w) ketika menyeru mereka untuk menyembah Allah Yang Maha Esa dan Abu Mahdzurah termasuk salah seorang di antara mereka. Pada suatu ketika, dia pernah mendengar suara azan yang dikumandangkan kaum muslimin di Hunain, lalu dia meniru lafaz azan tersebut dengan tujuan memperolok mereka dengan suara merdu yang membuat Rasulullah (s.a.w) merasa kagum dengan kemerduan suaranya. Kemudian Nabi (s.a.w) mengutus seseorang untuk mencari mereka yang ketika itu jumlah mereka ada sembilan orang. Lalu Rasulullah (s.a.w) meminta mereka satu persatu untuk mengumandangkan azan dan mereka mematuhi perintah
baginda itu. Abu Mahdzurah adalah orang yang paling terakhir dari mereka yang mengumandangkan azan. Kemudian Rasulullah (s.a.w) mempelawanya duduk di hadapan baginda dan baginda mengusap kepalanya. Ternyata Allah menghendaki kebaikan dan keberuntungan kepadanya hingga akhirnya Allah memberinya
hidayah masuk Islam dan Nabi (s.a.w) mengajarkan kalimat azan kepadanya, lalu memerintahkannya menjadi tukang azan di Masjid al-Haram.

FIQH HADITS :

Disunatkan bagi seseorang yang hendak menjadi tukang azan memiliki suara yang merdu supaya orang ramai merasa tertarik kepada seruannya dan memenuhi apa yang diserunya yaitu mengerjakan sholat berjemaah di masjid.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 146 : ETIKA DALAM MENGUMANDANGKAN ADZAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 146 :

وَعَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ رضي الله عنه قَالَ: ( رَأَيْتُ بِلَالاً يُؤَذِّنُ وَأَتَتَبَّعُ فَاهُ هَاهُنَا وَهَاهُنَا وَإِصْبَعَاهُ فِي أُذُنَيْهِ ) رَوَاهُ أَحْمَدُ وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ.

وَلِابْنِ مَاجَهْ: وَجَعَلَ إِصْبَعَيْهِ فِي أُذُنَيْهِ.

وَلِأَبِي دَاوُدَ: ( لَوَى عُنُقَهُ لَمَّا بَلَغَ “حَيَّ عَلَى اَلصَّلَاةِ ” يَمِينًا وَشِمَالاً وَلَمْ يَسْتَدِرْ ). وَأَصْلِهِ فِي اَلصَّحِيحَيْنِ

Abu Juhaifah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Aku pernah melihat Bilal adzan dan aku perhatikan mulutnya kesana kemari (komat kamit dan dua jari-jarinya menutup kedua telinganya. Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadits shahih menurut Tirmidzi.

Menurut Ibnu Majah: Dia menjadikan dua jari-jarinya menutup kedua telinganya.

Menurut Riwayat Abu Dawud: Dia menggerakkan lehernya ke kanan dan ke kiri ketika sampai pada ucapan “hayya ‘alash sholaah” dan dia tidak memutar tubuhnya. Asal hadits tersebut dari Bukhari-Muslim.

MAKNA HADITS :

Azan mempunyai etika tersendiri yang mesti dipelihara dan dijaga. Antara lain adalah hendaklah muazin memiliki suara yang merdu; mengumandangkan azan diatas tempat yang tinggi seperti di atas menara, menolehkan kepala ketika membaca al-hayya’alatain ke arah kanan dan ke arah kiri, meletakkan kedua jari telunjuknya pada kedua telinga supaya suaranya lebih kuat dan orang tuli dapat memahami yang dia sedang mengumandangkan azan dan bukannya untuk meminta pertolongan, dan tetap kekal menghadap ke arah kiblat ketika mengumandangkan azan meskipun menolehkan wajahnya ke kiri dan ke kanan.

FIQH HADITS :

1. Boleh memakai pakaian yang bergaris-garis merah.

2. Disyariatkan menolehkan kepala ketika mengumandangkan azan ke arah kanan dan kiri terutama ketika mengucapkan al-hay’alatain disertai dengan meletakkan kedua jari telunjuk pada kedua telinga. Ini bertujuan supaya seseorang berada di kejauhan atau orang tuli tahu bahwa dia sedang mengumandangkan azan, di samping dengan cara demikian bisa menguatkan suara.

3. Orang yang sholat disyariatkan meletakkan penghalang di hadapannya.

4. Dibolehkan mengambil berkat dari bekas yang pernah digunakan oleh Rasulullah (s.a.w), sisa air wuduk, sisa makan dan minum serta bekas pakaiannya.

5. Disyariatkan mengqasar sholat ketika dalam perjalanan.

6. Para sahabat amat menghormati Rasulullah (s.a.w).

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 145 : PERBEDAAN JUMLAH KALIMAT ADZAN DAN IQAMAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 145 :

وَعَنْ أَنَسِ]بْنِ مَالِكٍ] رضي الله عنه قَالَ: ( أُمِرَ بِلَالٌ أَنْ يَشْفَعَ اَلْآذَانَ وَيُوتِرَ اَلْإِقَامَةَ إِلَّا اَلْإِقَامَةَ يَعْنِي قَوْلَهُ: قَدْ قَامَتِ اَلصَّلَاةُ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَلَمْ يَذْكُرْ مُسْلِمٌ اَلِاسْتِثْنَاءَ

وَلِلنَّسَائِيِّ: ( أَمَرَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِلَالاً )

Anas Radliyallaahu ‘anhu berkata: Bilal diperintahkan untuk menggenapkan kalimat adzan dan mengganjilkan kalimat qomat kecuali kalimat iqomat yakni qod qoomatish sholaah. Muttafaq Alaihi tetapi Muslim tidak menyebut pengecualian.

Menurut riwayat Nasa’i: Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan Bilal (untuk menggenapkan adzan dan mengganjilkan qomat).

MAKNA HADITS :

Oleh kerana tujuan azan adalah memberitahu masuknya waktu sholat bagi orang yang tinggal berjauhan dengan masjid secara umum, maka dianjurkan mengucapkan kalimat-kalimatnya secara berulang untuk menguatkan lagi pemberitahuan tersebut. Oleh kerana tujuan iqamah adalah beritahu yang sholat hendak dilaksanakan kepada orang yang telah berada di dalam masjid secara khusus, maka ia sudah memadai mengucapkannya secara witir, yakni mengucapkan lafaz-lafaznya satu kali-satu kali. Lafaz iqamah “قد قامت الصلاة” diulang sebanyak dua kali kerana itulah tujuan utama di balik iqamah tersebut.

FIQH HADITS :

1. Disyariatkan menggenapkan lafaz azan, kerana tujuannya adalah memberitahun orang yang tinggal berjauhan dengan masjid bahwa waktu sholat sudah tiba. Cara ini lebih cepat sampai kepada mereka. Oleh sebab itu, azan disunatkan dilakukan di tempat yang tinggi dengan suara yang keras dan hendaklah tidak dilakukan cara terlampau cepat ketika
mengumandangkannya.

2. Disyariatkan mengumandangkan lafaz iqamah tanpa berulang, kerana iqamah ditujukan kepada orang yang hadir di dalam masjid. Oleh sebab itu, lafaz iqamah diucapkan dengan cepat. Tetapi lafaz “قد قامت الصلاة” sebutannya diulang sebanyak dua kali kerana ini merupakan tujuan utamanya.

3. Mengumandangkan lafaz iqamah tanpa berulang selain kalimat
“قد قامت الصلاة” adalah mazhab al-Syafi’i dan Imam Ahmad. Imam Malik berpendapat bahwa semua lafaz iqamah disebut hanya satu kali-satu kali tanpa terkecuali, termasuk kalimat “قد قامت الصلاة” Imam Abu Hanifah juga berpendapat bahwa kesemua
lafaz mesti dibaca dua kali-dua kali disertai dengan membaca takbir sebanyak empat kali pada bagian permulaan. Apapun, ulama bersepakat membaca dua kali takbir dan membaca satu kali kalimat tauhid pada bagian akhir iqamah.

4. Menjelaskan perbedaan pendapat ulama berkaitan azan dan iqamah. Ada yang mengatakan ifrad, tatsniyah, tarbi’ dan ada pula yang mengatakan tarji’; kesemua ini merupakan sunat sebagaimana yang telah dikemukakan oleh beberapa riwayat mengenainya. Setiap ulama memilih dalil yang dianggapnya kuat.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 144 : ANJURAN BERSUARA MERDU BAGI TUKANG ADZAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 144 :

عَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَلَّمَهُ اَلْآذَانَ فَذَكَرَ فِيهِ اَلتَّرْجِيعَ ) أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ. وَلَكِنْ ذَكَرَ اَلتَّكْبِيرَ فِي أَوَّلِهِ مَرَّتَيْنِ فَقَطْ. وَرَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ فَذَكَرُوهُ مُرَبَّعًا

Dari Abu Mahdzurah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengajarinya adzan lalu beliau menyebut tarji’ (mengulangi dua kali).

Dikeluarkan oleh Muslim namun ia hanya menyebutkan takbir dua kali pada permulaan adzan. Riwayat Imam Lima dengan menyebut takbir empat kali.

MAKNA HADITS :

Kebahagiaan itu tersembunyi di sebalik keajaiban takdir. Mereka adalah pemuda yang kerap kali meniru azan yang dikumandangkan oleh Bilal. Maka Allah menetapkan keberuntungan kepada Abu Mahdzurah. Akhirnya jatuhlah pilihan Rasulullah (s.a.w) ke atas dirinya memandangkan dia memiliki suara yang merdu dan dia menjadi juru azan (selain Bilal). Berikut ini kisahnya. Sesudah pembukaan kota Mekah, Abu Mahdzurah keluar menuju Hunain bersama sembilan orang penduduk Mekah. Ketika mereka mendengar suara azan (Bilal), mereka turut mengumandangkan azan dengan
tujuan mempersendakan orang beriman. Mendengar itu, Nabi (s.a.w) bersabda: “Aku telah mendengar di kalangan mereka suara azan seseorang yang mempunyai suara merdu. Suruhlah mereka datang menghadapku dan suruh mereka azan seorang demi seorang.” Aku adalah orang paling akhir mendapat giliran di antara mereka. Ketika aku tiba (di hadapan Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: “Kemarilah!” Baginda mempersilahkanku duduk di hadapannya. Baginda mengusap
kepalaku dan mendo’akan diriku supaya memperoleh keberkatan sebanyak tiga kali, kemudian bersabda: “Pergilah dan jadilah engkau juru azan di Masjid al-Haram.” Aku pun berkata: “Wahai Rasulullah, kalau begitu, ajarkan azan kepadaku.” Baginda mengajarkan azan kepadanya.

FIQH HADITS :

1. Disyariatkan memilih orang yang bersuara merdu untuk menjadi juru azan, kerana azan yang dikumandangkan dengan suara yang merdu lebih berkesan di dalam hati.

2. Menjelaskan lafaz-lafaz azan yang sudah tidak asing lagi bagi setiap muslim. Ulama berbeda pendapat berkaitan dengan membaca empat kali takbir dan membaca dua kali takbir. Menurut pendapat yang masyhur, ia hendaklah dibaca sebanyak empat kali. Ini merupakan amalan penduduk Mekah yang merupakan tempat perhimpunan kaum muslimin setiap kali musim haji dan tidak ada seorang sahabat pun yang membantahnya. Inilah pendapat Imam al-Syafi’i, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah dan jumhur ulama. Sedangkan Imam Malik mengatakan bahwa takbir hendaklah dibaca sebanyak dua kali. Beliau mendukung pendapatnya berlandaskan hadis ini yang telah menjadi amalan penduduk Madinah.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..