Arsip Kategori: D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM)

HADITS KR 180 : ANJURAN MENJAGA KEHORMATAN DENGAN TIDAK MEMINTA-MINTA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 180

وَعَنِ اَلزُّبَيْرِ بْنِ اَلْعَوَّامِ رضي الله عنه عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ, فَيَأْتِي بِحُزْمَةِ اَلْحَطَبِ عَلَى ظَهْرِهِ, فَيَبِيعَهَا, فَيَكُفَّ اَللَّهُ بِهَا وَجْهَهُ, خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ اَلنَّاسَ أَعْطَوهُ أَوْ مَنَعُوهُ )  رَوَاهُ اَلْبُخَارِيُّ

Dari Zubair Ibnu al-‘Awwam Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Seorang di antara kamu yang mengambil talinya, lalu datang dengan seonggok kayu di atas punggungnya, kemudian menjualnya dan dengan hasil itu ia menjaga kehormatannya adalah lebih baik daripada ia meminta-minta orang yang terkadang mereka memberinya atau menolaknya.” Riwayat Bukhari.  

MAKNA HADIST

Rasulullah (s.a.w) menganjurkan untuk bekerja dan berusaha serta makan dari hasil titik peluh sendiri. Baginda menjelaskan keutamaan seorang lelaki yang mengambil seutas tali serta kapaknya, lalu pergi ke bukit mencari kayu bakar. Setelah kayu-kayu berhasil dia kumpulkan, dia kemudian memikulnya dan turun dari bukit untuk menjual kayu yang diperolehinya itu. Harga yang dia terima itu lalu dia nafkahkan untuk dirinya sendiri dan anak-anaknya. Orang yang berbuat demikian lebih baik daripada dia mendatangi orang kaya untuk meminta sedikit harta orang kaya itu, sama dia mahu memberi, menolak, atau mengusirnya dengan cara halus. Seorang lelaki yang melakukan pekerjaan berat untuk membiayai hidupnya dan mencari sumber-sumber rezeki lebih disukai oleh Allah dan lebih berguna bagi masyarakat dan umat, daripada dia hidup namun malah menjadi bebanan kepada orang lain dan masyarakatnya serta menjadi anggota masyarakat yang lemah dan tidak berdaya. Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah. Orang yang rajin dan berakal cerdas lebih baik daripada orang yang malas dan beku akal fikirannya

FIQH HADIST

  1. Anjuran untuk memelihara kehormatan diri dan membersihkan diri
    dari perbuatan meminta-minta, kerana orang yang meminta-minta itu hina, lebih-lebih lagi apabila ditolak permintaannya, di samping orang
    yang dimintainya akan dibuat sibuk apabila dia perlu memberi setiap orang
    yang meminta-minta kepadanya.
  2. Anjuran untuk berusaha, sekalipun dengan mengumpulkan kayu bakar,
    kerana mengumpulkan kayu, lalu menjual hasilnya untuk menampung
    penghidupannya lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain.
  3. Menjelaskan bahwa Islam itu agama yang mulia dan peringatan terhadap
    para pemeluknya agar tidak melakukan perbuatan yang hina.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 179 : MEMINTA-MINTA UNTUK MEMPERKAYA DIRI ADALAH PERBUATAN TERCELA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 179

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَنْ سَأَلَ اَلنَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا, فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا, فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa meminta-minta harta orang untuk memperkaya diri, sebenarnya ia hanyalah meminta bara api. Oleh karenanya, silahkan meminta sedikit atau banyak.” Riwayat Muslim.  

MAKNA HADIST

Ibn Hajar mengetengahkan hadis ini kerana ia mengkhususkan hadis Ibn Umar sebelum ini, kerana di dalam hadis ini meminta-minta dikaitkan dengan tujuan memperbanyak, sedangkan pada hadis sebelumnya tidak ada keterangan seperti itu.Hadis ini menerangkan bahawa barang siapa yang meminta-minta kepada orang lain, sedangkan dia sendiri dalam keadaan berkemampuan dan tidak memerlukan apa-apa, maka kelak dia akan diseksa dengan api neraka dan apa yang diterimanya itu akan menjadi bara api, lalu disetrikakan ke seluruh tubuhnya, seperti mana yang dilakukan ke atas orang yang enggan berzakat. Allah (s.w.t) berfirman: يوم يحمى عليها في مار جهنم فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم... “Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan tulang belakang mereka...” (Surah al-Taubah: 35) Sabda Nabi (s.a.w): “ْ فليسقل او ليستكثر “bermaksud “Jadi terserah kamu sama ada kamu mempersedikit atau memperbanyak” merupakan amaran ancaman keras dan peringatan tegas sekali gus menunjukkan betapa buruk perbuatan meminta-minta tanpa adanya keperluan yang mendesak itu

FIQH HADIST

  1. Haram meminta-minta kepada orang lain untuk tujuan memperkaya diri.
  2. Boleh meminta-minta kepada orang lain kerana adanya keperluan yang
    mendesak. Pengertian ini merupakan makna yang tersirat di dalam hadis tersebut

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 178 : LARANGAN MEMINTA-MINTA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 178

وَعَنِ اِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ( مَا يَزَالُ اَلرَّجُلُ يَسْأَلُ اَلنَّاسَ حَتَّى يَأْتِيَ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ لَيْسَ فِي وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang selalu meminta-minta pada orang-orang, akan datang pada hari kiamat dengan tidak ada segumpal daging pun di wajahnya.” Muttafaq Alaihi.  

MAKNA HADIST

Islam adalah agama yang menganjurkan bekerja dan berkarya, bukan agama yang menganjurkan pengangguran dan bermalas-malasan. Allah (s.w.t) berfirman: وقل اعملوا فسيرى الله اعمالكم ورسوله والمؤمنون “Dan katakanlah, “Bekerjatah kalian, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang mukmin akan melihat pekerjaan kalian itu...” (Surah al-Taubah: 105) Oleh itu, Nabi (s.a.w) mengingatkan setiap manusia tidak meminta-minta kepada orang lain dengan tujuan untuk menimbun kekayaan. Orang yang meminta- minta kepada orang lain untuk memenuhi keperluan asas dan kemiskinan, sedangkan dia tidak mampu bekerja, maka orang itu dibolehkan meminta-minta, seperti orang yang meminta haknya kepada pemimpin negara dari baitul mal. Dia hanya meminta haknya yang telah disyariatkan oleh Allah baginya di dalam baitul mal dan oleh kerananya, dia dibolehkan meminta itu. Lain halnya dengan seseorang yang meminta-minta untuk menimbun kekayaan sendiri, padahal dia sudah berkemampuan, maka kelak pada hari kiamat dia datang dalam keadaan semua daging yang ada pada wajahnya habis berjatuhan di hadapan semua saksi. Ini terjadi padanya sebagai simbol untuk memalukan dirinya pada hari itu. Dengan demikian, ini menunjukkan bahawa dia adalah orang yang tidak mempunyai harga diri dan tidak mempunyai kedudukan apa pun, lebih-lebih lagi di hadapan Allah.

FIQH HADIST

  1. Selalu meminta-minta merupakan perbuatan yang tercela.
  2. Hukuman itu akan menimpa anggota tubuh yang melakukan keburukan
    itu, kerana orang itu telah menghinakan wajahnya dengan meminta-minta
    kepada orang lain, meskipun dia dalam keadaan berkemampuan.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 177 : ANJURAN BEESEDEKAH KEPADA KELUARGA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 177

وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: ( جَاءَتْ زَيْنَبُ اِمْرَأَةُ اِبْنِ مَسْعُودٍ, فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ, إِنَّكَ أَمَرْتَ اَلْيَوْمَ بِالصَّدَقَةِ, وَكَانَ عِنْدِي حُلِيٌّ لِي, فَأَرَدْتُ أَنْ أَتَصَدَّقَ بِهِ, فَزَعَمَ اِبْنُ مَسْعُودٍ أَنَّهُ وَوَلَدُهُ أَحَقُّ مَنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَلَيْهِمْ, فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم “صَدَقَ اِبْنُ مَسْعُودٍ, زَوْجُكِ وَوَلَدُكِ أَحَقُّ مَنْ تَصَدَّقْتِ بِهِ عَلَيْهِمْ” )  رَوَاهُ اَلْبُخَارِيُّ

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu ‘anhu bahwa Zainab, istri Abu Mas’ud, bertanya: Wahai Rasulullah, baginda telah memerintahkan untuk bersedekah hari ini, dan aku mempunyai perhiasan padaku yang hendak saya sedekahkan, namun Ibnu Mas’ud menganggap bahwa dirinya dan anaknya lebih berhak untuk aku beri sedekah. Lalu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Ibnu Mas’ud memang benar, suamimu dan anakmu adalah orang yang lebih berhak untuk engkau beri sedekah.” Riwayat Bukhari.  

MAKNA HADIST

Sedekah kepada kerabat lebih diutamakan apabila dibandingkan dengan sedekah kepada keluarga jauh, kerana itu merupakan sedekah sekali gus bersilaturahim. Oleh itu, Nabi (s.a.w) menganjurkan agar sedekah terlebih dahulu diberikan kepada kaum kerabat terdekat daripada keluarga yang jauh. Jika suami seorang wanita kaya adalah orang miskin, maka si isteri boleh memberikan zakat hartanya kepada suaminya, mengikut pendapat jumhur ulama. Tetapi Imam Abu Hanifah mengemukakan pendapat yang berlainan. Beliau mengatakan bahawa tidak dilarang apabila harta zakat itu kembali kepada si isteri sebagai nafkah suami untuknya, kerana itu melalui jalan nafkah wajib, yakni nafkah yang dibebankan kepada suami untuk isterinya. Seperti mana sedia maklum, si suami pasti memberikan nafkah daripada harta tersebut kepada anak-anaknya. Jadi, ini seakan-akan si isteri memberikan kepada mereka sebahagian dari hartanya. Ibu bapa yang memberikan zakat kepada anaknya secara terpisah tidak dibolehkan kerana nafkah kepada anak merupakan kewajiban kedua ibu bapanya dan setiap orang yang dijamin nafkahnya tidak berhak menerima sebahagian daripada zakat orang yang menanggung nafkahnya. Oleh itu, ulama bersepakat bahawa seorang suami tidak boleh memberikan zakat kepada isterinya, kerana menafkahi isteri merupakan kewajipan suami. Adapun sedekah sunat, suami boleh memberikannya kepada sesiapa sahaja

FIQH HADIST

  1. Memerintahkan masyarakat supaya gemar bersedekah dan berbuat amal
    kebaikan.
  2. Nasihat khusus ditujukan kepada kaum wanita harus disertai dengan
    keadaan yang selamat daripada fitnah dan keadaan yang mencurigakan.
  3. Wanita boleh mendermakan hartanya sendiri meskipun tanpa kebenaran
    suaminya. Berbeda dengan mazhab Maliki yang melarang wanita bersedekah
    lebih daripada sepertiga hartanya kecuali setelah memperoleh kebenaran
    suaminya.
  4. Keutamaan bersedekah kepada kaum kerabat yang terdekat dan kaum
    keluarga yang memiliki pertalian kekeluargaan.
  5. Seorang wanita dibolehkan memberikan zakat hartanya kepada suaminya.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 176 : PAHALA BERSEDEKAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 176

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا أَنْفَقَتِ اَلْمَرْأَةُ مِنْ طَعَامِ بَيْتِهَا, غَيْرَ مُفْسِدَةٍ, كَانَ لَهَا أَجْرُهَا بِمَا أَنْفَقَتْ وَلِزَوْجِهَا أَجْرُهُ بِمَا اِكْتَسَبَ وَلِلْخَازِنِ مِثْلُ ذَلِكَ, وَلَا يَنْقُصُ بَعْضُهُمْ أَجْرَ بَعْضٍ شَيْئًا )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Dari ‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila perempuan menafkahkan sebagian makanan di rumahnya tanpa merusak (anggaran harian) maka baginya pahala atas apa yang ia nafkahkan, bagi suaminya juga pahala karena ia yang bekerja, dan begitu pula bagi yang menyimpannya. Sebagian dari mereka tidak mengurangi sedikit pun pahala atas sebagian lainnya.” Muttafaq Alaihi.  

MAKNA HADIST

Nabi (s.a.w) memberitakan kepada para sahabat bahawa seorang isteri boleh mengeluarkan sedekah daripada harta milik suaminya yang berada di bawah pengaturannya di dalam rumah berupa sebahagian daripada sesuatu yang menurut tradisi biasa diberikan dengan secara percuma kepada orang lain, misalnya makanan atau sesuatu yang mendapat izin secara tidak langsung apabila menginfakkannya untuk tetamu dan fakir miskin, tetapi dengan syarat hendaklah infak isteri itu tidak bertujuan merusakkan bahagian orang yang dijaminnya, maka dia memperoleh pahala dari infaknya itu. Suaminya yang tidak mengetahui sedekah itu pun turut memperoleh pahala dari hasil usaha dan mata pencariannya. Begitu pula pembantu yang diberikan tugas untuk memelihara hartanya apabila dia menyedekahkannya dengan kebenaran pemilik harta, juga memperoleh pahala dari pelaksanaan perintah pemilik harta apabila dia menunaikannya secara utuh tanpa sedikit pun dia menguranginya. Kemudian Rasulullah (s.a.w) mengingatkan mereka yang telah disebutkan itu mendapat pahala yang khusus hingga setiap pihak tidak saling mengurangi pahala antara satu sama lain, melainkan memperoleh bahagian pahalanya sesuai dengan kedudukan dan keikhlasan mereka dalam mengerjakan tugasannya. Sebahagian mereka tidak mengurangi pahala sebahagian yang lain walau sedikit pun, kerana pahala merupakan anugerah Allah yang Dia berikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

FIQH HADIST

  1. Anjuran untuk berlapang hati dan bersuka rela dalam mengerjakan
    kebaikan dan gemar membantu untuk merealisasikannya.
  2. Anjuran terhadap wanita dan pembantu untuk memuliakan orang yang
    meminta-minta dan tidak menolaknya dengan cara yang mengecewakannya.
    Sebaiknya mereka memberi orang yang meminta-minta itu lebih sedikit
    dari apa yang dipintanya dengan syarat tidak melampaui batasan kebiasaan
    dan telah mengetahui keadaan si pemilik harta bahwa seandainya dia
    mengetahui itu, niscaya dia akan mengizinkannya untuk menyedekahkannnya,
    karena dia turut memperoleh imbalan dan pahalanya.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 175 : MENDAHULUKAN SEDEKAH KEPADA KERABAT DEKAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 175

وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( ” تَصَدَّقُوا ” فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ, عِنْدِي دِينَارٌ? قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” أَنْتَ أَبْصَرُ “. )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bersedekahlah.” Lalu seorang laki-laki berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai satu dinar? Beliau bersabda: “Bersedekahlah pada dirimu sendiri.” Orang itu berkata: Aku mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk anakmu.” Orang itu berkata: Aku masih mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk istrimu.” Orang itu berkata: Aku masih punya yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk pembantumu.” Orang itu berkata lagi: Aku masih mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Kamu lebih mengetahui penggunaannya.” Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i dan dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Hakim.  

MAKNA HADIAS

Nabi (s.a.w) menganjurkan umatnya untuk bersedekah, sehingga baginda bersabda: “Bersedekahlah kamu!” Oleh kerana menginfakkan harta itu harus dimulakan dengan yang lebih penting secara berurutan, iaitu diberikan kepada kerabat yang paling dekat terlebih dahulu, kemudian menyusul kerabat yang jauh, maka ada seorang lelaki bertanya mengenai urutan tersebut seraya berkata: “Aku memiliki satu dinar.” Lalu Rasulullah (s.a.w) memberinya petunjuk supaya dia memulakannya dengan dirinya sendiri, kerana menafkahi diri sendiri merupakan sedekah. Kemudian lelaki itu bertanya lagi tentang orang yang berhak diberi sedekah sesudahnya, dan Nabi (s.a.w) memberinya petunjuk agar dia menyedekahkannya untuk anaknya yang masih kecil atau yang belum mampu berusaha. Ini berlaku apabila dia tidak mempunyai isteri. Jika mempunyai isteri, maka nafkah didahulukan untuk isterinya, kemudian barulah anaknya. Sesudah itu lelaki tersebut bertanya tentang orang selanjutnya berhak menerima sedekah, maka Nabi (s.a.w) menyuruhnya memberi nafkah kepada pembantunya. Ini mencakup hamba sahaya dan orang lain dari kalangan orang yang dia jamin nafkahnya. Kemudian Nabi (s.a.w) memberinya petunjuk agar memberikan nafkahnya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki

FIQH HADIST

  1. Dianjurkan menyedekahkan lebihan harta setelah keperluan diri sendiri
    mencukupi, begitu juga keperluan orang yang dijamin penghidupannya
    oleh orang yang berkenaan.
  2. Hendaklah memulai pemberian sedekah kepada orang yang paling
    dekat hubungan kekeluargaan, setelah itu baru kerabat yang jauh; dimulai
    dengan yang lebih penting, kemudian yang penting. Menjelaskan nafkah itu wajib diberikan kepada orang yang urutannya telah disebutkan di dalam
    hadis ini.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 174 : ANJURAN BERSEDEKAH KEPADA YANG PALING BER HAK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 174

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: ( قِيلَ يَا رَسُولَ اَللَّهِ: أَيُّ اَلصَّدَقَةِ أَفْضَلُ? قَالَ: “جُهْدُ اَلْمُقِلِّ, وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ” )  أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ, وَابْنُ حِبَّانَ, وَالْحَاكِمُ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya: Wahai Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Sedekah orang yang tak punya, dan mulailah (memberi sedekah) atas orang yang banyak tanggungannya. Dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim. 

MAKNA HADITS

Para sahabat sentiasa ingin memperbanyak pahala. Untuk itu, mereka bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) tentang sedekah yang paling banyak pahalanya. Lalu Rasulullah (s.a.w) memberitakan kepada mereka bahawa sedekah yang paling banyak pahalanya ialah yang dikeluarkan oleh seorang yang fakir lagi sabar dalam menanggung kemiskinannya dan merasa cukup dengan penghidupannya yang serba kekurangan itu. Sedekah ini mereka keluarkan mengikut kemampuannya. Pengertian ini dijelaskan oleh hadis lain yang diketengahkan oleh al-Nasa’i daripada Abu Dzar (r.a) bahawa: “Nabi (s.a.w) bersabda
Satu dirham telah mendahului seratus ribu dirham, iaitu seorang lelaki mempunyai dua dirham, lalu dia mengambil salah satunya dan menyedekahkannya dan seorang lelaki lain mempunyai harta banyak sekali, lalu dia mengambil dari hartanya yang berlimpah itu seratus ribu dirham dan menyedekahkannya

Sedangkan di dalam hadis yang lain disebutkan pula sebagai berikut:
Sebaik-baik sedekah ialah yang dikeluarkan dalam keadaan berkemampuan

Kedua-dua hadis ini perlu digabungkan pengertiannya untuk mengelakkan pemahaman yang saling bercanggah iaitu keadaan tersebut berbeza-beza mengikut perbezaan keadaan setiap orang sejauh mana kemudahan dan kesulitan ekonomi, sejauh mana pula niat dan ikhlas dalam berinfak.

FIQH HADIST

  1. Tidak makruh menyedekahkan semua harta bagi orang yang mampu bersabar dan bertawakal kepada Allah (s.w.t). Sedekah orang miskin yang sabar, sekalipun sedikit jumlahnya, jauh lebih baik daripada sedekah orang yang memiliki harta banyak, sekalipun sedekahnya itu besar jumlahnya. Ini
    kerana orang miskin memberikannya pada saat dia sangat memerlukannya.
    Untuk itu, dia harus melawan diri, hawa nafsu dan menanggung bebanan
    yang sukar ditanggung oleh orang kaya.
  2. Anjuran untuk bersedekah bahwa sedekah itu terlebih dahulu untuk kaum
    kerabat sebelum memberikannya kepada orang lain.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 171 : ANJURAN BERSEDEKAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 171

وَعَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: ( كُلُّ اِمْرِئٍ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُفْصَلَ بَيْنَ اَلنَّاسِ )  رَوَاهُ اِبْنُ حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ

Dari Uqbah Ibnu Amir bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Setiap orang bernaung di bawah sedekahnya sehingga ia diputuskan (amal perbuatannya) antara manusia.” Riwayat Ibnu Hibban dan Haki

MAKNA HADIST

Sedekah memiliki keutamaan besar dan pahalanya pun berlimpah. Nabi (s.a.w) memberitakan bahawa setiap orang pada hari kiamat kelak berada di bawah naungan sedekahnya, baik sedekah wajib maupun sedekah sunat. Sedekah tersebut menaunginya dan melindunginya daripada panas terik matahari pada hari yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan yang tidak terperikan itu. Demikianlah manfaat sedekah sunat, dan manfaat yang lebih besar lagi ialah barang siapa yang melakukan kecuaian ketika menunaikan zakat fardu, maka kekurangan itu akan ditutupi oleh sedekah sunat sebagai rahmat, kebaikan dan anugerah dari Allah kepada hamba-Nya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Oleh itu, orang yang berakal semestinya melestarikan sedekah sunat agar sedekahnya itu kelak dapat menutupi segala kekurangan yang ada pada zakat fardu, iaitu pada hari di mana dia sangat memerlukan tambahan amal kebaikan, sekalipun itu hanya sedikit memandangkan pada hari itu dia tidak dapat mengamalkannya dan tiada pula orang yang mahu meminjamkan amal kebaikan Itu kepadan

FIQH HADIS
Dianjurkan bersedekah. Sedekah itu dapat memberikan manfaat kepada pelakunya Pada hari kiamat, di mana sedekahnya itu kelak akan menaunginya pada hari yang Tidak dapat memberikan manfaat kepada seorang pun kecuali hanya apa yang telah dikerjakannya ketika di dunia.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 170 : KEISTIMEWAAN SEDEKAH AKAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI AKHIRAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 170

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اَللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ…. )  فَذَكَرَ اَلْحَدِيثَ وَفِيهِ: ( وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tujuh macam orang yang akan dilindungi Allah pada hari yang tidak ada lindungan kecuali lindungan-Nya – kemudian ia menyebutkan hadits dan didalamnya disebutkan – orang yang bersedekah dengan sedekah yang ia tutupi sehingga tangannya yang kiri tidak mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.” Muttafaq Alaihi.

MAKNA HADIST

Ada tujuh jenis amalan mulia dimana siapa yang mendapatkan salah satu daripadanya, niscaya dia mendapat pertolongan Allah dan rahmat-Nya, yaitu berada di bawah naungan Aras-Nya pada hari dimana matahari berada di atas kepala seluruh makhluk. Rasulullah (s.a.w) menjelaskan keadaan tersebut dalam ungkapan yang paling indah untuk memikat hati dan mendorong semangat setiap insan untuk beramal ke arahnya. Rasulullah (s.a.w) menganjurkan untuk berbuat adil dan menjauhi sikap ekstrim dan berlebihan bagi setiap orang yang memegang jabatan untuk mengurus suatu kepentingan yang menyangkut kemaslahatan kaum muslimin, baik jabatan yang bersifat umum ataupun khusus. Baginda menyeru para pemuda untuk taat kepada Allah dan beribadah kepada-Nya sejak usia mereka masih muda lagi. Tujuannya ialah agar mereka menjadi generasi yang baik, masyarakat yang sejahtera dan berakhlak terpuji. Nabi (s.a.w) menganjurkan kaum muslimin agar sering berada di dalam masjid untuk menunggu solat berjemaah, supaya mereka dapat saling berkenalan antara satu sama lain, membina keharmonian, persatuan, saling membantu serta apa-apa yang dapat diperoleh daripada manfaat berjemaah. Nabi (s.a.w) menganjurkan setiap muslim mencintai saudaranya yang muslim, baik mereka keluarga ataupun selain mereka dengan tujuan supaya mereka memperoleh ganjaran pahala dari Allah, yakni bukan karena kepentingan murahan atau manfaat duniawi melainkan cinta yang suci lagi bersih dan meningkatkan diri kepada persahabatan yang mulia. Rasulullah (s.a.w) menjelaskan kedudukan memelihara kehormatan dan menjauhkan diri daripada perbuatan zina baik zahir mahupun batin, karena takut kepada Allah, Tuhan semesta alam, sebagaimana baginda menyeru umat manusia untuk bersikap dermawan dan rajin menyalurkan bantuan secara ikhlas dan menjauhkan diri daripada sifat riya’ dan gemar popularitas. Pada akhirnya baginda menganjurkan kita untuk membersihkan diri melalui banyak berzikir dan menanamkan perasaan bahwa diri kita senantiasa berada di bawah pengawasan Allah (s.w.t) hingga hati kita bergetar dan perasaan bergelora. Oleh itu, hati kita penuh rasa takut kepada-Nya dan ini diungkapkan dengan situasi dimana air mata dalam keadaan berlinang. Inilah yang disebut kedudukan orang -orang yang berzikir lagi khusyuk dan ikhlas. Allah senantiasa menjadi penolong bagi orang yang soleh.

FOQH HADIST

  1. Boleh meringkaskan hadits dengan hanya menyebutkan butiran yang ada
    kaitannya dengan topik pembahasan.
  2. Anjuran untuk berlaku adil dan betapa tinggi kedudukan pemimpin yang adil di sisi Allah.
  3. Anjuran beribadah kepada Allah dengan mengalahkan keinginan hawa
    nafsu dan menutup semua pintu keinginannya serta mendorongnya
    untuk bermujahadah dan senantiasa melakukan amal ibadah dan ketaatan,
    sekalipun kekuatan hawa nafsu pada masa muda sedang berada pada kemuncaknya.
  4. Keutamaan iman dan cinta kepada Allah dengan cara rajin datang ke masjid.
  5. Anjuran untuk berkasih sayang karena Allah dan menjelaskan keutamaannya. Ini merupakan salah satu faktor yang menghantarkan seseorang memperoleh keberuntungan yang besar dari Allah (s.w.t).
  6. Mengungkapkan sesuatu yang buruk dengan ungkapan kiasan (kinayah) dan tidak menyebutkannya dengan ungkapan secara terang-terangan.
  7. Hanya orang yang berjiwa besar dapat mengalahkan hawa nafsunya.
    Wanita merupakan fitnah yang paling besar, lebih-lebih lagi apabila didalam diri wanita itu terdapat kedudukan, keturunan dan kecantikan, sehingga kekuatan birahi dan keinginan terhadapnya pun turut semakin
    kuat. Oleh itu, amat besar ganjaran pahala seseorang lelaki yang mampu menghindarinya.
  8. Anjuran untuk melakukan sedekah dengan sembunyi-sembunyi dan keutamaannya berbanding melakukannya secara terang-terangan, karena bersedekah secara sembunyi-sembunyi itu memiliki keikhlasan yang lebih sempurna.
  9. Keutamaan menangis karena takut kepada Allah untuk memelihara mata daripada diseksa di dalam neraka pada hari kiamat kelak.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..