Arsip Kategori: E. KITAB SHIYAM (IBANAH AL-AHKAM)

HADITS KE 189 : BERPUASA SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PUASA

HADITS KE 189

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ, إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا, فَلْيَصُمْهُ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan shaum sehari atau dua hari, kecuali bagi orang yang terbiasa shaum, maka bolehlah ia shaum.” Muttafaq Alaihi.

MAKNA HADIST

“`Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang difardukan berdasarkan al-Qur’an,
Sunnah dan ijma’. Allah (s.w.t) berfirman:
ياايهاالذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون ⭕ اياما معدودات…

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam
beberapa hari tertentu….” (Surah al-Baqarah: 183-184)
Dalil yang bersumber daripada sunnah antara lain ialah hadis Ibn Umar (r.a)
di dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa: “Islam dibangun di atas
lima perkara,” antara lain di dalamnya disebutkan: “Dan puasa Ramadhan.”
Seluruh umat Islam telah pun berijma’ akan kewajipan ibadah puasa ini.
Nabi (s.a.w) melarang daripada melakukan puasa sebelum Ramadhan sebagai
langkah berhati-hati, kerana ibadah puasa itu berkaitan dengan ru’yah (melihat
anak bulan). Barang siapa mendahuluinya dengan berpuasa sehari atau dua hari
dengan niat berhati-hati, maka dia melakukan satu perbuatan yang menentang hukum syariat Islam. Akan tetapi dibolehkan berpuasa sebelum Ramadhan bagi
orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa, kemudian kebiasaannya itu bertepatan
dengan hari tersebut“`

FIQH HADIST

  1. Dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan dengan alasan
    sebagai langkah berjaga-jaga kerana itu bererti sama dengan menentang
    ketetapan syariat Islam dan mencampuradukkan antara sunat dengan fardu.
  2. Anjuran untuk melaksanakan amal ibadah dan amal kebaikan yang biasa
    dilakukan oleh seseorang secara berkesinambungan.
  3. Boleh melakukan puasa yang biasa dilakukan oleh seseorang, meskipun
    puasa menurut kebiasaannya itu bertepatan dengan sehari atau dua hari sebelum Ramadhan.
  4. Makruh melakukan puasa sunat dalam sehari atau dua hari sebelum bulan
    Ramadhan.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..