HADITS KE 179 : MEMINTA-MINTA UNTUK MEMPERKAYA DIRI ADALAH PERBUATAN TERCELA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 179

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَنْ سَأَلَ اَلنَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا, فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا, فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa meminta-minta harta orang untuk memperkaya diri, sebenarnya ia hanyalah meminta bara api. Oleh karenanya, silahkan meminta sedikit atau banyak.” Riwayat Muslim.  

MAKNA HADIST

Ibn Hajar mengetengahkan hadis ini kerana ia mengkhususkan hadis Ibn Umar sebelum ini, kerana di dalam hadis ini meminta-minta dikaitkan dengan tujuan memperbanyak, sedangkan pada hadis sebelumnya tidak ada keterangan seperti itu.Hadis ini menerangkan bahawa barang siapa yang meminta-minta kepada orang lain, sedangkan dia sendiri dalam keadaan berkemampuan dan tidak memerlukan apa-apa, maka kelak dia akan diseksa dengan api neraka dan apa yang diterimanya itu akan menjadi bara api, lalu disetrikakan ke seluruh tubuhnya, seperti mana yang dilakukan ke atas orang yang enggan berzakat. Allah (s.w.t) berfirman: يوم يحمى عليها في مار جهنم فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم... “Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan tulang belakang mereka...” (Surah al-Taubah: 35) Sabda Nabi (s.a.w): “ْ فليسقل او ليستكثر “bermaksud “Jadi terserah kamu sama ada kamu mempersedikit atau memperbanyak” merupakan amaran ancaman keras dan peringatan tegas sekali gus menunjukkan betapa buruk perbuatan meminta-minta tanpa adanya keperluan yang mendesak itu

FIQH HADIST

  1. Haram meminta-minta kepada orang lain untuk tujuan memperkaya diri.
  2. Boleh meminta-minta kepada orang lain kerana adanya keperluan yang
    mendesak. Pengertian ini merupakan makna yang tersirat di dalam hadis tersebut

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 178 : LARANGAN MEMINTA-MINTA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 178

وَعَنِ اِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ( مَا يَزَالُ اَلرَّجُلُ يَسْأَلُ اَلنَّاسَ حَتَّى يَأْتِيَ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ لَيْسَ فِي وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang selalu meminta-minta pada orang-orang, akan datang pada hari kiamat dengan tidak ada segumpal daging pun di wajahnya.” Muttafaq Alaihi.  

MAKNA HADIST

Islam adalah agama yang menganjurkan bekerja dan berkarya, bukan agama yang menganjurkan pengangguran dan bermalas-malasan. Allah (s.w.t) berfirman: وقل اعملوا فسيرى الله اعمالكم ورسوله والمؤمنون “Dan katakanlah, “Bekerjatah kalian, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang mukmin akan melihat pekerjaan kalian itu...” (Surah al-Taubah: 105) Oleh itu, Nabi (s.a.w) mengingatkan setiap manusia tidak meminta-minta kepada orang lain dengan tujuan untuk menimbun kekayaan. Orang yang meminta- minta kepada orang lain untuk memenuhi keperluan asas dan kemiskinan, sedangkan dia tidak mampu bekerja, maka orang itu dibolehkan meminta-minta, seperti orang yang meminta haknya kepada pemimpin negara dari baitul mal. Dia hanya meminta haknya yang telah disyariatkan oleh Allah baginya di dalam baitul mal dan oleh kerananya, dia dibolehkan meminta itu. Lain halnya dengan seseorang yang meminta-minta untuk menimbun kekayaan sendiri, padahal dia sudah berkemampuan, maka kelak pada hari kiamat dia datang dalam keadaan semua daging yang ada pada wajahnya habis berjatuhan di hadapan semua saksi. Ini terjadi padanya sebagai simbol untuk memalukan dirinya pada hari itu. Dengan demikian, ini menunjukkan bahawa dia adalah orang yang tidak mempunyai harga diri dan tidak mempunyai kedudukan apa pun, lebih-lebih lagi di hadapan Allah.

FIQH HADIST

  1. Selalu meminta-minta merupakan perbuatan yang tercela.
  2. Hukuman itu akan menimpa anggota tubuh yang melakukan keburukan
    itu, kerana orang itu telah menghinakan wajahnya dengan meminta-minta
    kepada orang lain, meskipun dia dalam keadaan berkemampuan.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 177 : ANJURAN BEESEDEKAH KEPADA KELUARGA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 177

وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: ( جَاءَتْ زَيْنَبُ اِمْرَأَةُ اِبْنِ مَسْعُودٍ, فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ, إِنَّكَ أَمَرْتَ اَلْيَوْمَ بِالصَّدَقَةِ, وَكَانَ عِنْدِي حُلِيٌّ لِي, فَأَرَدْتُ أَنْ أَتَصَدَّقَ بِهِ, فَزَعَمَ اِبْنُ مَسْعُودٍ أَنَّهُ وَوَلَدُهُ أَحَقُّ مَنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَلَيْهِمْ, فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم “صَدَقَ اِبْنُ مَسْعُودٍ, زَوْجُكِ وَوَلَدُكِ أَحَقُّ مَنْ تَصَدَّقْتِ بِهِ عَلَيْهِمْ” )  رَوَاهُ اَلْبُخَارِيُّ

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu ‘anhu bahwa Zainab, istri Abu Mas’ud, bertanya: Wahai Rasulullah, baginda telah memerintahkan untuk bersedekah hari ini, dan aku mempunyai perhiasan padaku yang hendak saya sedekahkan, namun Ibnu Mas’ud menganggap bahwa dirinya dan anaknya lebih berhak untuk aku beri sedekah. Lalu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Ibnu Mas’ud memang benar, suamimu dan anakmu adalah orang yang lebih berhak untuk engkau beri sedekah.” Riwayat Bukhari.  

MAKNA HADIST

Sedekah kepada kerabat lebih diutamakan apabila dibandingkan dengan sedekah kepada keluarga jauh, kerana itu merupakan sedekah sekali gus bersilaturahim. Oleh itu, Nabi (s.a.w) menganjurkan agar sedekah terlebih dahulu diberikan kepada kaum kerabat terdekat daripada keluarga yang jauh. Jika suami seorang wanita kaya adalah orang miskin, maka si isteri boleh memberikan zakat hartanya kepada suaminya, mengikut pendapat jumhur ulama. Tetapi Imam Abu Hanifah mengemukakan pendapat yang berlainan. Beliau mengatakan bahawa tidak dilarang apabila harta zakat itu kembali kepada si isteri sebagai nafkah suami untuknya, kerana itu melalui jalan nafkah wajib, yakni nafkah yang dibebankan kepada suami untuk isterinya. Seperti mana sedia maklum, si suami pasti memberikan nafkah daripada harta tersebut kepada anak-anaknya. Jadi, ini seakan-akan si isteri memberikan kepada mereka sebahagian dari hartanya. Ibu bapa yang memberikan zakat kepada anaknya secara terpisah tidak dibolehkan kerana nafkah kepada anak merupakan kewajiban kedua ibu bapanya dan setiap orang yang dijamin nafkahnya tidak berhak menerima sebahagian daripada zakat orang yang menanggung nafkahnya. Oleh itu, ulama bersepakat bahawa seorang suami tidak boleh memberikan zakat kepada isterinya, kerana menafkahi isteri merupakan kewajipan suami. Adapun sedekah sunat, suami boleh memberikannya kepada sesiapa sahaja

FIQH HADIST

  1. Memerintahkan masyarakat supaya gemar bersedekah dan berbuat amal
    kebaikan.
  2. Nasihat khusus ditujukan kepada kaum wanita harus disertai dengan
    keadaan yang selamat daripada fitnah dan keadaan yang mencurigakan.
  3. Wanita boleh mendermakan hartanya sendiri meskipun tanpa kebenaran
    suaminya. Berbeda dengan mazhab Maliki yang melarang wanita bersedekah
    lebih daripada sepertiga hartanya kecuali setelah memperoleh kebenaran
    suaminya.
  4. Keutamaan bersedekah kepada kaum kerabat yang terdekat dan kaum
    keluarga yang memiliki pertalian kekeluargaan.
  5. Seorang wanita dibolehkan memberikan zakat hartanya kepada suaminya.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 176 : PAHALA BERSEDEKAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 176

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا أَنْفَقَتِ اَلْمَرْأَةُ مِنْ طَعَامِ بَيْتِهَا, غَيْرَ مُفْسِدَةٍ, كَانَ لَهَا أَجْرُهَا بِمَا أَنْفَقَتْ وَلِزَوْجِهَا أَجْرُهُ بِمَا اِكْتَسَبَ وَلِلْخَازِنِ مِثْلُ ذَلِكَ, وَلَا يَنْقُصُ بَعْضُهُمْ أَجْرَ بَعْضٍ شَيْئًا )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Dari ‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila perempuan menafkahkan sebagian makanan di rumahnya tanpa merusak (anggaran harian) maka baginya pahala atas apa yang ia nafkahkan, bagi suaminya juga pahala karena ia yang bekerja, dan begitu pula bagi yang menyimpannya. Sebagian dari mereka tidak mengurangi sedikit pun pahala atas sebagian lainnya.” Muttafaq Alaihi.  

MAKNA HADIST

Nabi (s.a.w) memberitakan kepada para sahabat bahawa seorang isteri boleh mengeluarkan sedekah daripada harta milik suaminya yang berada di bawah pengaturannya di dalam rumah berupa sebahagian daripada sesuatu yang menurut tradisi biasa diberikan dengan secara percuma kepada orang lain, misalnya makanan atau sesuatu yang mendapat izin secara tidak langsung apabila menginfakkannya untuk tetamu dan fakir miskin, tetapi dengan syarat hendaklah infak isteri itu tidak bertujuan merusakkan bahagian orang yang dijaminnya, maka dia memperoleh pahala dari infaknya itu. Suaminya yang tidak mengetahui sedekah itu pun turut memperoleh pahala dari hasil usaha dan mata pencariannya. Begitu pula pembantu yang diberikan tugas untuk memelihara hartanya apabila dia menyedekahkannya dengan kebenaran pemilik harta, juga memperoleh pahala dari pelaksanaan perintah pemilik harta apabila dia menunaikannya secara utuh tanpa sedikit pun dia menguranginya. Kemudian Rasulullah (s.a.w) mengingatkan mereka yang telah disebutkan itu mendapat pahala yang khusus hingga setiap pihak tidak saling mengurangi pahala antara satu sama lain, melainkan memperoleh bahagian pahalanya sesuai dengan kedudukan dan keikhlasan mereka dalam mengerjakan tugasannya. Sebahagian mereka tidak mengurangi pahala sebahagian yang lain walau sedikit pun, kerana pahala merupakan anugerah Allah yang Dia berikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

FIQH HADIST

  1. Anjuran untuk berlapang hati dan bersuka rela dalam mengerjakan
    kebaikan dan gemar membantu untuk merealisasikannya.
  2. Anjuran terhadap wanita dan pembantu untuk memuliakan orang yang
    meminta-minta dan tidak menolaknya dengan cara yang mengecewakannya.
    Sebaiknya mereka memberi orang yang meminta-minta itu lebih sedikit
    dari apa yang dipintanya dengan syarat tidak melampaui batasan kebiasaan
    dan telah mengetahui keadaan si pemilik harta bahwa seandainya dia
    mengetahui itu, niscaya dia akan mengizinkannya untuk menyedekahkannnya,
    karena dia turut memperoleh imbalan dan pahalanya.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 175 : MENDAHULUKAN SEDEKAH KEPADA KERABAT DEKAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 175

وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( ” تَصَدَّقُوا ” فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ, عِنْدِي دِينَارٌ? قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” أَنْتَ أَبْصَرُ “. )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bersedekahlah.” Lalu seorang laki-laki berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai satu dinar? Beliau bersabda: “Bersedekahlah pada dirimu sendiri.” Orang itu berkata: Aku mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk anakmu.” Orang itu berkata: Aku masih mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk istrimu.” Orang itu berkata: Aku masih punya yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk pembantumu.” Orang itu berkata lagi: Aku masih mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Kamu lebih mengetahui penggunaannya.” Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i dan dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Hakim.  

MAKNA HADIAS

Nabi (s.a.w) menganjurkan umatnya untuk bersedekah, sehingga baginda bersabda: “Bersedekahlah kamu!” Oleh kerana menginfakkan harta itu harus dimulakan dengan yang lebih penting secara berurutan, iaitu diberikan kepada kerabat yang paling dekat terlebih dahulu, kemudian menyusul kerabat yang jauh, maka ada seorang lelaki bertanya mengenai urutan tersebut seraya berkata: “Aku memiliki satu dinar.” Lalu Rasulullah (s.a.w) memberinya petunjuk supaya dia memulakannya dengan dirinya sendiri, kerana menafkahi diri sendiri merupakan sedekah. Kemudian lelaki itu bertanya lagi tentang orang yang berhak diberi sedekah sesudahnya, dan Nabi (s.a.w) memberinya petunjuk agar dia menyedekahkannya untuk anaknya yang masih kecil atau yang belum mampu berusaha. Ini berlaku apabila dia tidak mempunyai isteri. Jika mempunyai isteri, maka nafkah didahulukan untuk isterinya, kemudian barulah anaknya. Sesudah itu lelaki tersebut bertanya tentang orang selanjutnya berhak menerima sedekah, maka Nabi (s.a.w) menyuruhnya memberi nafkah kepada pembantunya. Ini mencakup hamba sahaya dan orang lain dari kalangan orang yang dia jamin nafkahnya. Kemudian Nabi (s.a.w) memberinya petunjuk agar memberikan nafkahnya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki

FIQH HADIST

  1. Dianjurkan menyedekahkan lebihan harta setelah keperluan diri sendiri
    mencukupi, begitu juga keperluan orang yang dijamin penghidupannya
    oleh orang yang berkenaan.
  2. Hendaklah memulai pemberian sedekah kepada orang yang paling
    dekat hubungan kekeluargaan, setelah itu baru kerabat yang jauh; dimulai
    dengan yang lebih penting, kemudian yang penting. Menjelaskan nafkah itu wajib diberikan kepada orang yang urutannya telah disebutkan di dalam
    hadis ini.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 174 : ANJURAN BERSEDEKAH KEPADA YANG PALING BER HAK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 174

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: ( قِيلَ يَا رَسُولَ اَللَّهِ: أَيُّ اَلصَّدَقَةِ أَفْضَلُ? قَالَ: “جُهْدُ اَلْمُقِلِّ, وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ” )  أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ, وَابْنُ حِبَّانَ, وَالْحَاكِمُ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya: Wahai Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Sedekah orang yang tak punya, dan mulailah (memberi sedekah) atas orang yang banyak tanggungannya. Dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim. 

MAKNA HADITS

Para sahabat sentiasa ingin memperbanyak pahala. Untuk itu, mereka bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) tentang sedekah yang paling banyak pahalanya. Lalu Rasulullah (s.a.w) memberitakan kepada mereka bahawa sedekah yang paling banyak pahalanya ialah yang dikeluarkan oleh seorang yang fakir lagi sabar dalam menanggung kemiskinannya dan merasa cukup dengan penghidupannya yang serba kekurangan itu. Sedekah ini mereka keluarkan mengikut kemampuannya. Pengertian ini dijelaskan oleh hadis lain yang diketengahkan oleh al-Nasa’i daripada Abu Dzar (r.a) bahawa: “Nabi (s.a.w) bersabda
Satu dirham telah mendahului seratus ribu dirham, iaitu seorang lelaki mempunyai dua dirham, lalu dia mengambil salah satunya dan menyedekahkannya dan seorang lelaki lain mempunyai harta banyak sekali, lalu dia mengambil dari hartanya yang berlimpah itu seratus ribu dirham dan menyedekahkannya

Sedangkan di dalam hadis yang lain disebutkan pula sebagai berikut:
Sebaik-baik sedekah ialah yang dikeluarkan dalam keadaan berkemampuan

Kedua-dua hadis ini perlu digabungkan pengertiannya untuk mengelakkan pemahaman yang saling bercanggah iaitu keadaan tersebut berbeza-beza mengikut perbezaan keadaan setiap orang sejauh mana kemudahan dan kesulitan ekonomi, sejauh mana pula niat dan ikhlas dalam berinfak.

FIQH HADIST

  1. Tidak makruh menyedekahkan semua harta bagi orang yang mampu bersabar dan bertawakal kepada Allah (s.w.t). Sedekah orang miskin yang sabar, sekalipun sedikit jumlahnya, jauh lebih baik daripada sedekah orang yang memiliki harta banyak, sekalipun sedekahnya itu besar jumlahnya. Ini
    kerana orang miskin memberikannya pada saat dia sangat memerlukannya.
    Untuk itu, dia harus melawan diri, hawa nafsu dan menanggung bebanan
    yang sukar ditanggung oleh orang kaya.
  2. Anjuran untuk bersedekah bahwa sedekah itu terlebih dahulu untuk kaum
    kerabat sebelum memberikannya kepada orang lain.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 173 : ANJURAN MENJADI PEMBERI BUKAN PENERIMA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 173

وَعَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رضي الله عنه عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( اَلْيَدُ اَلْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اَلْيَدِ اَلسُّفْلَى, وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ, وَخَيْرُ اَلصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى, وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اَلله وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اَلله)  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِلْبُخَارِيِّ

Dari Hakim Ibnu Hazm Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tangan yang di atas (pemberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (penerima); dan mulailah dari orang-orang yang banyak tanggungannya; dan sebaik-baik sedekah ialah yang diambil dari sisa kebutuhan sendiri, barangsiapa menjaga kehormatannya Allah akan menjaganya dan barangsiapa merasa cukup Allah akan mencukupkan kebutuhannya.” Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Bukhari.  

MAKNA HADIST

Rasulullah (s.a.w) mengutamakan tangan yang memberi di atas tangan yang Meminta dan memerintahkan orang yang membelanjakan hartanya supaya memulainya untuk diri sendiri, kemudian anak dan isterinya, lalu untuk keluarga dan kaum kerabatnya yang paling dekat. Dari satu sisi Nabi (s.a.w) menganjurkan para hartawan untuk menyedekahkan sebahagian hartanya yang tidak dia perlukan, tetapi dari sisi yang lain pula baginda menganjurkan kaum fakir miskin menahan diri daripada meminta-minta untuk memelihara kehormatan mereka. Baginda menjelaskan kepada mereka bahawa barang siapa yang meminta kehormatan dan kemuliaan kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya jalan untuk meraihnya. Barang siapa yang mencari jalan agar dia tidak meminta-minta kepada orang lain, nescaya Allah akan membukakan jalan kepadanya dan menganugerahkan kepadanya penyebab-penyebab yang menjadikannya berkemampuan, memperoleh kehormatan, dan kemuliaan

FIQH HADIST

  1. Dianjurkan untuk berinfak.
  2. Keutamaan tangan yang memberi daripada tangan yang meminta.
  3. Celaan terhadap perbuatan meminta-minta dan peringatan supaya tidak
    melakukan perbuatan hina itu.
  4. Dianjurkan bersedekah kepada kaum kerabat dan bersilaturahim.
  5. Hartawan dianjurkan untuk bersedekah.
  6. Sedekah yang paling utama ialah apabila seseorang senantiasa dalam keadaan
    berkemampuan setelah mengeluarkan sedekahnya, tanpa memerlukan
    bantuan orang lain setelah bersedekah.
  7. Orang miskin dianjurkan untuk memelihara kehormatannya dan tidak
    meminta-minta kepada orang lain serta bertawakal yang penuh keyakinan
    kepada Allah (s.w.t).

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 172 : GOLONGAN YANG LEBIH BERHAK MENERIMA ZAKAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 172

وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ, عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( أَيُّمَا مُسْلِمٍ كَسَا  مُسْلِمًاثَوْبًا عَلَى عُرْيٍ كَسَاهُ اَللَّهُ مِنْ خُضْرِ اَلْجَنَّةِ, وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ أَطْعَمَ مُسْلِمًا عَلَى جُوعٍ أَطْعَمَهُ اَللَّهُ مِنْ ثِمَارِ اَلْجَنَّةِ, وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ سَقَى مُسْلِمًا عَلَى ظَمَإٍ سَقَاهُ اَللَّهُ مِنْ اَلرَّحِيقِ اَلْمَخْتُومِ )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَفِي إِسْنَادِهِ لِينٌ 

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Siapa saja orang islam yang memberi pakaian orang Islam yang tidak memiliki pakaian, niscaya Allah akan memberinya pakaian dari hijaunya surga; dan siapa saja orang Islam yang memberi makan orang Islam yang kelaparan, niscaya Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan surga; dan siapa saja orang Islam yang memberi minum orang Islam yang kehausan, niscaya Allah akan memberinya minuman dari minuman suci yang tertutup.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan dalam sanadnya ada kelemahan. 

MAKNA HADIST

Nabi (s.a.w) menganjurkan supaya mengamalkan kebaikan dan menjelaskan bahawa amal kebaikan itu memiliki berbagai jenis. Baginda menganjurkan supaya orang baik turut serta dalam setiap amal kebaikan dan memulakannya dengan amal yang lebih penting serta mengutamakan pemberian kepada orang yang lebih memerlukan bantuan. Allah (s.w.t) tidak menyia-nyiakan ganjaran pahala dan balasan amal perbuatan itu serupa dengan jenis amal yang telah dilakukannya. Rahmat Allah itu amat luas dan Dia memberikan balasan kepada orang yang mau bersedekah.

FIQH HADIST

  1. Anjuran untuk menghiasi diri dengan budi bahasa yang mulia. Barang
    siapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan akan mendapat balasan
    yang sejenis dengan amal perbuatannya pada hari kiamat kelak.
  2. Menjelaskan amal kebajikan itu memiliki banyak ragam dan orang yang
    baik itu seharusnya turut serta melakukannya.
  3. Dalam melakukan amal kebaikan, dahulukanlah orang yang lebih
    memerlukan bantuan, kerana berlandaskan kepada sabda Rasulullah
    (s.a.w): “yang tidak mempunyai pakaian, yang sedang dahaga, dan yang sedang
    kelaparan.”

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 171 : ANJURAN BERSEDEKAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 171

وَعَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: ( كُلُّ اِمْرِئٍ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُفْصَلَ بَيْنَ اَلنَّاسِ )  رَوَاهُ اِبْنُ حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ

Dari Uqbah Ibnu Amir bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Setiap orang bernaung di bawah sedekahnya sehingga ia diputuskan (amal perbuatannya) antara manusia.” Riwayat Ibnu Hibban dan Haki

MAKNA HADIST

Sedekah memiliki keutamaan besar dan pahalanya pun berlimpah. Nabi (s.a.w) memberitakan bahawa setiap orang pada hari kiamat kelak berada di bawah naungan sedekahnya, baik sedekah wajib maupun sedekah sunat. Sedekah tersebut menaunginya dan melindunginya daripada panas terik matahari pada hari yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan yang tidak terperikan itu. Demikianlah manfaat sedekah sunat, dan manfaat yang lebih besar lagi ialah barang siapa yang melakukan kecuaian ketika menunaikan zakat fardu, maka kekurangan itu akan ditutupi oleh sedekah sunat sebagai rahmat, kebaikan dan anugerah dari Allah kepada hamba-Nya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Oleh itu, orang yang berakal semestinya melestarikan sedekah sunat agar sedekahnya itu kelak dapat menutupi segala kekurangan yang ada pada zakat fardu, iaitu pada hari di mana dia sangat memerlukan tambahan amal kebaikan, sekalipun itu hanya sedikit memandangkan pada hari itu dia tidak dapat mengamalkannya dan tiada pula orang yang mahu meminjamkan amal kebaikan Itu kepadan

FIQH HADIS
Dianjurkan bersedekah. Sedekah itu dapat memberikan manfaat kepada pelakunya Pada hari kiamat, di mana sedekahnya itu kelak akan menaunginya pada hari yang Tidak dapat memberikan manfaat kepada seorang pun kecuali hanya apa yang telah dikerjakannya ketika di dunia.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

رابطة خرجي معهد منبع العلوم بتابتا

%d blogger menyukai ini: